Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 25 Januari 2011

Gambar-gambar sekitar sekolah

Gambar ini di ambil pada 22.1.2011.Hari Sabtu.

Gambar di ambil dari jalanraya

Pemandangan di dataran kejat sekolah

Gambar dataran kejat sekolah diambil dari bangunan sekolah
Kawasan dataran kejat berbatu kelikir.Sekiranya diturap dengan tar pasti memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar.


2 gambar di sebelah kanan bangunan baru






5 keping foto dari sebelah kiri sekolah

Pada asalnya, kawasan ini berpagar.Pagar kawasan ini asalnya pagar zink.Tetapi setelah kawasan bangunan terbiar seketika (asalnya bangunan di sini bekas asrama Sekolah Menengah Agama Rakyat Al Tahzib),pagar sekolah ini telah dicuri orang.Mungkin mereka menyangka bangunan sekolah ini takkan digunakan lagi.

Mudah-mudahan permohonan pihak sekolah untuk mendapat pagar dan tar bagi dataran kejat mendapat maklum balas yang baik daripada pihak yang berkenaan.  

Isnin, 17 Januari 2011

Majlis Penyampaian Cek Bantuan Perkapita Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi KAFA dan Pengumuman Keputusan UPKK 2010

IPOH,17.1.2010(12 Safar 1432) - Bertempat di kediaman Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Berlangsungnya Majlis Penyampaian Cek Bantuan Perkapita Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi KAFA negeri Perak.Cek tersebut disampaikan oleh Tuan Hj Abdullah B. Salleh mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Menteri Besar Perak , YAB Dato`Seri Dr.Zambry B. Abdul Kadir.Cek yang bernilai RM 4,477,240.00 seterusnya diserahkan oleh Menteri Besar kepada Tuan Hj. Yusuf B. Husin,mewakili Jabatan Agama Islam Perak


Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato`Seri Dr. Zambry B. Abdul Kadir mengingatkan seluruh warga KAFA agar menyampaikan ilmu yang benar. Islam mengajarkan semua sudut ilmu termasuk berkaitan kemasyarakatan.Beliau juga menyeru agar bersatu padu dan menanamkan kasih sayang sesama Islam.
"Walaupun sesama kita berbeza dalam banyak segi tetapi kita semua adalah hamba Allah",ujar beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak pernah melupakan sekolah agama rakyat.Tabung Khas yang dirancang akan diurus tadbir untuk membantu sekolah agama rakyat
Beliau berbangga dengan peningkatan keputusan UPKK 2010.Di mana tahun 2009 hanya 474 calon mendapat 8A.Manakala tahun 2010 seramai 888 mendapat 8A.
Seterusnya beliau sendiri mengumumkan 2 pelajar terbaik keputusan UPKK 2010.Iaitu Adik Nurun Nuha Bt. Isni.Dari SRAR Riyadus Salihin,Taman Maju,Seri Iskandar, Perak.(97.3%).Dan Dan adik Syed Mohd. Zakwan B. Syed Zul dari SRAR Cenderong Balai, Teluk Intan, Perak.(96.8%)

Adik Nurun Nuha BT Isni menerima anugerah daripada
Menteri Besar Perak, YAB Dato`Seri Dr.Zambry Abdul Kadir

Adik Syed Mohd Zakwan B. Syed Zul menerima anugerah
daripada Menteri Besar,YAB Dato`Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Kedua-dua pelajar tersebut juga menerima hadiah RM1000.00 seorang.

Dianggarkan sekitar 2,500 orang warga KAFA menghadiri majlis tersebut.Mereka adalah sebahagian daripada guru-guru KAFA seluruh negeri Perak.

Hadirin menjamu makanan ringan sebaik sampai di
kediaman Menteri Besar Perak

Sebahagian Guru KAFA wanita menjamu selera
Guru-guru KAFA wanita mendengar ucapan

Di antara guru-guru KAFA lelaki yang hadir

Guru-guru KAFA bersiap nak pulang

Ahad, 16 Januari 2011

Keputusan Pepeperiksaan UPKK 2010

JUMAAT, 14.1.2011(9 Safar 1432) -  Pihak Jabatan Agama Islam Parit Buntar telah menyerahkan slip keputusan peperiksaan UPKK 2010 kepada semua sekolah kawasan Parit Buntar.
Pihak sekolah bersyukur dengan keputusan kali ini.Terdapat beberapa peningkatan di dalam keputusan tersebut.
Jumlah pelajar yang mendapat 8A seramai 3 orang.Berbanding dengan tahun lalu hanya seorang sahaja. Pelajar-pelajar tersebut ialah Nurul Amirah Izzati Bt. Zul, Nurul Amirah Bt. Fauzi dan Nurul Fatini Bt. Mohd. Nasir.Tahniah diucapkan kepada mereka.
Guru Besar, Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh berharap akan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang di tahun-tahun akan datang.Insya Allah pihak guru-guru akan berusaha membantu pelajar cemerlang di dalam peperiksaan dan sempurna di dalam pengamalan.

Jumaat, 14 Januari 2011

Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Parit Buntar



Tuan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Parit Buntar yang baru bertugas disini, Ustaz Firdaus B. Salleh, telah memberi sedikit ucapan kepada guru besar-guru besar SRAR  KAFA Parit Buntar baru-baru ini. Sebagai ta `aruf (suai kenal ) dengan guru-guru tersebut, beliau telah mengingatkan kepentingan pendidikan agama untuk anak-anak umat Islam.Walaupun cabaran masa kini agak hebat tetapi semua pihak perlu memberi kesedaran dan kefahaman agama kepada masyarakat.Konsep pendidikan Islam perlu diutamakan dan guru-guru KAFA janganlah terlalu terikat dengan  kurikulum semata-mata.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga KAFA di atas kenaikan elaun RM800.00 yang baru-baru ini diisytiharkan oleh kerajaan.Peningkatan prestasi kerja yang lebih baik amat diharapkan.Guru-guru KAFA juga di harap dapat  membantu pejabat Agama Islam dari segi pandangan dan kerjasama. Dalam bidang pendidikan agama dan dakwah.

Isnin, 10 Januari 2011

Pembayaran untuk pelajar

Tahun ini pihak sekolah telah bermesyuarat dan menetapkan kadar pembayaran bagi setiap pelajar adalah seperti dibawah.

Pendaftaran                                     RM   5.00
Yuran Bulanan                                 RM   5.00
Peperiksaan Dalaman/UPKK          RM 10.00
Buku Tulis                                       RM   7.00
Kad Kemajuan                                RM   2.00
Derma                                             seikhlasnya

Jika dibayar untuk setahun jumlahnya RM74.00.Manakala untuk pembayaran buku teks tetap seperti tahun lalu iaitu RM 40.00 untuk setiap set. Bagi buku fotostat, harganya di kurangkan lagi.