Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 24 September 2011

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak.

TITI SERONG.16HB.SEPT.2011. Bertempat di Balairaya Titi Serong,diadakan satu majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak. Program ini diadakan serentak dengan di setiap mukim seluruh Malaysia.Serentak juga di peringkat negeri dan negara.
Disamping itu JKKK Titi Serong turut serta membuat Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di dalam majlis tersebut.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong dan SRAR Al Tahzib, Titi Serong turut sama memeriahkan majlis ini.Majlis dimulakan dengan perarakan oleh pelajar-pelajar tersebut dari sekolah masing-masing.

Pelajar SRAR Al Tahzib sedang berarak
Sesampai di balairaya Titi Serong,hadirin memulakan dengan nyanyian  Negaraku.Di ikuti dengan lagu 1 Malaysia dan Jalur Gemilang.Video nyanyian mereka dibawah.



Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar bersama-sama Ketua-ketua kampung Mukim Parit Buntar.
Di tengah  Tuan Ketua Balai Polis Simpang Lima.
Kemudian Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar, Tuan Hj. Ahmad Syah B. Hamid menyampaikan ucapan aluan dan Perutusan Kemerdekaan Menteri Besar Perak,Dato` Seri Zambry Abdul Kadir.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong memulakan persembahan yang mencuit hati hadirin.Diikuti dengan deklamasi sajak oleh anak warga Titi Serong.Seterusnya persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.

Persembahan pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong.
Persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.
Seterusnya seorang warga emas telah dipilih menjadi menjadi Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar.Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman, 88 tahun berasal dari Titi Serong.Pernah belajar di SM Al Tahzib dan sekolah agama di Benut,Johor.Pernah bertugas sebagai Home Guard dan bertugas diSelama,Perak semasa zaman komunis.Beliau merupakan pejuang UMNO dan terlibat dengan penubuhan UMNO di Titi Serong.
Beliau berharap majlis sebegini dapat diadakan lagi di tahun akan datang.Beliau juga mengucapkan Selamat Merdeka.


Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman.
Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar,Perak 2011
Gambar-gambar semasa majlis tersebut dapat dilayari di facebook kami.klik http://www.facebook.com/media/set/?set=a.214802965246614.52664.100001507358668

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.