Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

SUMBANGAN YG DITERIMA OLEH SEKOLAH 2011

Di antara sumbangan yang telah diterima sepanjang 2011 adalah seperti di bawah:

 
5 buah kipas
1. Lima buah kipas tersebut adalah sumbangan wakaf Allahyarham abang kepada Encik Suhaimi B. A.Hamid.Kipas-kipas tersebut di gunakan di dalam surau dan pejabat sekolah.Sumbangan ini diterima oleh pihak sekolah pada 22 Jun 2011.Mudah-mudahan roh Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat di alam barzakh.Amin..

Mesin printer fotostat


 2. Mesin printer photostat jenama Canon ini adalah sumbangan daripada  Encik Abdul Rahim B. Ibrahim.Sedikit tambahan dibiayai oleh guru-guru sendiri.Termasuk sedikit sumbangan drpd PMI Parit Buntar.Harganya RM650.00.Tarikh diterima 25 September 2011



2 papan karom
3. Encik Suhaimi B. A.Hamid telah menyumbangkan 2 buah papan karom.Pelajar boleh bermain karom semasa waktu rehat atau sebelum sessi pembelajaran bermula.Tarikh diterima 22 Jun 2011.

50 buah kitab Yasin
4. Anak Encik Razali B. Ishak telah meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal pada bulan April 2011.Sedikit simpanan milik Allahyarham anaknya dipersetujui oleh semua warisnya untuk diwakafkan bagi membeli 50 puluh kitab Yasin untuk sekolah.Mudah-mudahan Allahyarham dilimpahi keampun dan rahmat di alam barzakh.Diterima pada 9 Mei 2011

Cat Kayu dan alatan mengecat
5. Sumbangan cat dan alatan mengecat sumbangan bekas pelajar tahun 5 - 2008 dan 2009 serta guru-guru
20 pasang selipar
6. Ustaz Abdul Malik B. Hashim dan isteri, Ustazah Zainab Bt. Idris telah menyumbangkan 20 pasang kasut selipar untuk kegunaan pelajar semasa mengambil wuduk.Diterima pada 22 Mac 2011
 
Gril pintu besi
7. Beberapa orang guru telah berkongsi membeli gril pintu besi second hand di Bagan Serai dgn harga RM 250.00. Manakala  Encik Ishak dan Zakaria Awang dengan sukarela memberu khidmat percuma memecahkan dinding untuk pintu gril.Encik Din dari Sg Bogak serta seorang warga Bangladesh pula sudi mengubah suai  pintu gril itu dan menyumbangkan beberapa gril tingkap bilik wuduk ini.Terima Kasih banyak-banyak kepada semua yg sudi menyumbang.
 
8. Ada juga penyumbang yang enggan dikenali turut membantu sekolah ini.Sumbangan yg telah diberikan ialah:
     a)  Membayar kos upah baik pulih membaiki perabung air antara bangunan sekolah
     b)  Membaik pulih tandas dan longkang serta sedikit bahan binaan
     c)  Meracun sekitar sekolah dan racun percuma
     d)  Beberapa alat untuk membersihkan sekolah
 
9. Pihak sekolah juga telah menmpah 4 buah papan putih beroda dan sebuah papan puti gantung.Setakat ini RM 1,000.00 telah diperolehi dari kalangan guru dan orang awam
 
10. Sumbangan guru-guru dan pelajar untuk menghias kelas masing-masing amat dihargai.Setiap yang disumbang tetap cantik
 
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang.Samada untuk wakaf jariah atau sedekah. Mudah-mudahan untuk tahun 2012 lebih ramai lagi akan menyumbang untuk sekolah ini.
Tambahan pula pada ucapan PM,Dato` Seri Najib Tun Razak  berkaitan bajet 2012 pada nombor 45 ada menyatakan bahawa sumbangan untuk sekolah akan dikecualikan cukai. 
 
45. Institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama, seringkali menerima sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan bagi menambah baik kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka sumbangan seperti ini diberi potongan cukai. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
Keseluruhan ucapan bajet ini dapat diikuti dengan klik disini.                       http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&news_id=530&speech_cat=2
BERSEDEKAH MEMBAWA BARAKAH DI DUNIA DAN AKHIRAT.



Isnin, 26 Disember 2011

Sekilas Pandang 2011

Pelbagai peristiwa menarik bagi tahun 2011.Semuanya pasti menjadi kenangan yg manis bagi warga sekolah.Mungkin menjadi kenangan pelajar tahun 6 yang akan meneruskan pembelajaran ke sekolah menengah.Tetap akan menjadi kenangan terindah.

Diantara gambar kenangan tahun ini adalah seperti di bawah:

1. Suasana awal tahun 2011

Balik dgn abah
Pelajar bersedia untuk pulang



















2. Kehadiran guru baru

Ustazah Salawani Bt. Mohd


3. Program berbasikal.Dilakukan sebanyak 3 kali.

Ketua Pelajar mencium tangan Allahyarham Pak Cik Abdul Wahab
Pelajar bersama Allahyarham Ustaz Hj. Othman

Pelajar-pelajar dilepaskan oleh Allahyarham
Dato` Abdul Rahman Sulaiman
















4.Pelajar terbaik UPKK 2011.Mereka memperolehi 8A

Nurul Fatini Bt.
Amirah Izzatti Bt. Fauzi
Amirah Izzati Bt. Zul


5. Majlis Maulud Nabi Muhammad 1432

Pelajar-pelajar bersolawat



Guru-guru membaca solawat dan ditiup ke ubun-ubun pelajar
6. Hari guru


Hadiah untuk guru-guru


Doa untuk guru
7. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun 2011
Seorang Pelajar menjawap kertas soalan sampai tercabut kopiah
Pelajar sedang menjawap kertas soalan
 8. Peperiksaan Penilaian Tahap Kemahiran (PTK) untuk guru KAFA Parit Buntar
Guru-guru KAF pun kena periksa
Sempat juga guru-guru  memanjatkan doa.Mungkin gemuruh
                                                                    
9. Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar

Hanya Mohd Zulfahmi sahaja yg menang tempat
ketiga syarahan bahasa Melayu


Persembahan Nurul Esmah





Kumpulan Marhaban
Peserta-peserta sekolah bersama guru-guru SRAR Al Tahzib
 10. Bengkel Amali Solat

Sama-sama perbetulkan
Ikut guru buat.Yang lain tengok

11. Pertandingan Mewarna dan kuiz

Hasil kerja tahun 1
Jangan tanya kawan

12. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Semangat pasal pakai baju raya
Menyanyikan lagu Negaraku
14. Peperiksaan UPKK dan SRAI

Semoga tahun 2012 lebih banyak kecemerlangan akan diperolehi oleh SRAR Al Tahzib, Titi Serong, Parit Buntar,Perak.Azam tahun baru dah standby masa Maal Hijrah baru-baru ini dah....


Sabtu, 17 Disember 2011

Buku Teks Baru 2012

Pada tahun 2012, buku teks baru akan digunakan.Ini berikutan pengemaskinian pihak berkenaan bagi meningkatkan kualiti pelajaran KAFA bagi seluruh Malaysia.Muka surat ditambah dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 1  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.70

SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 2  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
4.30
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.00


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 3  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.50
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
33.20


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 4  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.70


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 5  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.30
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.90


Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak sekolah.