Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 Mac 2012

Ziarah Berbasikal 1/2012

Pada pagi 12.2.2011,Hari Isnin.Pagi 9.00 pagi telah diadakan satu program ziarah berbasikal anjuran kelab basikal SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Ini adalah program Ziarah Berbasikal yang petama bagi tahun 2012.Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh telah memimpin pelajar menziarahi kawasan sekitar Jalan Terusan,Titi Serong,Parit Buntar,Perak. Ustazah Rohani Bt Abdul Aziz tidak dapat turut serta kerana beliau dimasukkan ke hospital.Beliau di serang sawan tarik pada subuh hari Ahad sebanyak 2 kali.Jadi Ustaz Hj. Ahmad Sofi terpaksa memimpin pelajar seorang diri.

Ustazah Rohani berada di hospital cuma 3 hari
Pelajar-pelajar dari kampung Tebuk Hj.Musa,Parit 1,Pekan Titi Serong dan kawasan berdekatan berkumpul di dataran kejat SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Manakala pelajar-pelajar dari kawasan Jalan Terusan,Taman Desa Aman dan Taman Sejahtera berhimpun di kawasan lapang di depan Taman Sejahtera.

Pelajar-pelajar dari sekolah kemudian berkayuh melalui pekan Titi Serong.Semasa di simpang Titi Serong,seorang bapa telah membantu pelajar-pelajar melintas simpang tersebut.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.Sambil berkayuh Ustaz Ahmad Sofi mengajak pelajar-pelajar bersalawat bersama-sama.

Kumpulan pelajar tersebut singgah sebentar di halaman sebuah rumah yang baru kebakaran.Tetapi tiada siapa yang berada di situ.Pelajar-pelajar tersebut meneruskan perjalanan ke Taman Sejahtera. Mereka berkumpul di kawasan lapang di hadapan Taman Sejahtera.Pelajar-pelajar diagihkan sebuku roti setiap seorang yang disedekahkan oleh ibu kepada pasangan kembar Muhamad Naim.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.

Mereka sama2 mendengar taklimat daripada Ustaz Hj.Ahmad Sofi berkaitan Adab Berziarah serta aktiviti yang akan mereka lakukan seterusnya.Mereka bersalawat bersama-sama sekali lagi.Kemudian pelajar-pelajar berkayuh ke sekitar Taman Sejahtera.Lalu menuju kerumah Encik Termigi B. Said.Basikal-basikal pelajar diletakkan berhampiran rumah jiran Encik Termigi.Merka berhimpun di tepi rumah tersebut bagi mendengar ucapan Ketua Kampung Jalan Terusan, Encik Ishak B. Ahmad. Beliau mengingatkan pelajar agar menjaga adab-adab semasa berziarah dan mengamalkan segala peribadi yang baik sebagai seorang muslim.Beliau turut menggalakkan pelajar berziarah orang-orang yang sakit di sekitar kampung halaman kita.
Ketua Kampung Jalan Terusan memberi ucapan kepada pelajar
Sesampai di rumah Encik Termigi, pelajar-pelajar di sambut oleh ahli keluarganya.Masing-masing berhadap ke arah Encik Termigi B. Said,44 tahun yang terbaring lemah.Beliau telah menderita selama 6 bulan dan tidak mampu berbicara.
Encik Termigi B. Said
Setelah doa dibacakan oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi, pelajar-pelajar mengambil kesempatan meniupkan kalimah Bismillah kepada air penawar yang akan diberikan kepada Encik Termigi.

Sebelum beredar pelajar-pelajar telah dijamu makan bihun di bawah pokok kelapa sawit.Di situ telah tersedia beberapa buah meja dan kerusi.Pelajar-pelajar gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga Encik Temigi.
Bab makan memang cekap
Pelajar-pelajar perempuan menjamu selera















Mungkin ada sesuatu yg menjadi pengajaran kepada pelajar ini

































Mereka bersurai pada pukul 11.00 pagi.

Puan Juriah,ibu mertua dan isteri Encik Termigi amat gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar tersebut.Puan Juriah telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.Dan sempat ditempatkan bersebelahan dengan Ustazah Rohani.
Betapa sabagai manusia kita tidak lepas dari sakit dan sihat.Yang sihat ziarahilah orang sakit.Setiap orang pasti melalui sakit dan susah.

Kepada pelajar-pelajar,ingatlah adab ziarah orang yang sakit.Di antaranya:
1. Memberi salam
2. Jangan banyak bercakap hal-hal yang tidak berfaedah
3. Mendoakan si sakit
4. Jangan terlalu lama berada bersama si sakit
5. Mengatakan sesuatu yang baik
6. Mengucapkan terima kasih jika di jamu makan minum

Yang lain rujuklah di dalam buku teks.Bincanglah bersama guru.