Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 10 Oktober 2010

Peperiksaan Bertulis Ujian Penilaian Kelas Kafa(UPKK)

Peperiksaan UPKK telah dijalankan pada 4.10.2010 hingga 7.10.2010.Iaitu hari Isnin hingga hari Khamis.Seramai 55 orang calon telah menduduki peperiksaan tersebut.Mereka juga telah menduduki ujian lisan peperiksaan tersebut untuk mata pelajaran Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam(PCHI) dan Tilawah/Tadarus/Hafazan/Tafsir Al Quran.Bagi mata pelajaran Amali Solat dan PCHI, ujian tersebut telah dijalankan sejak bulan Januari hingga September.Manakala ujian lisan Tilawah/Tadarus/Hafazan/Tafsir dijalankan pada 20.9.2010 hingga 30.9.2010.

Pihak sekolah berharap mudah-mudahan semua calon peperiksaan dapat menjawap soalan dengan tenang dan cermat.Diharap juga mereka memperolehi kecemerlangan di dalam peperiksaan tersebut.


Pelajar sedang menjawap soalan peperiksaan  

Guru Pengawas 


Iskandar sedang menjalani peperiksaan

Pelajar-pelajar menjamu selera semasa rehat


Sedikit jamuan untuk guru-guru pengawas


Terima kasih banyak-banyak kepada guru-guru pengawas peperiksaan yang mengendalikan peperiksaan tersebut.Terima Kasih Ustazah Mahiyah(guru besar SRAR Taman Semarak),Ustazah Kamaliah(guru besar SRAR Syamsul Maarif, Tanjung Piandang dan Ustazah Siti Hasniza (SRAR Maahad Tarbiah,Bagan Tiang)