Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 29 November 2010

AJK JEMAAH PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SRAR AL TAHZIB(KAFA),TITI SERONG, PARIT BUNTAR, PERAK.TAHUN 2011

PENASIHAT
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)
,JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIPk)
DAN JABATAN PELAJARAN MALAYSIA(JPM)

Tuan Haji Abdul Sani B. Mat Desa
TUAN PENGERUSI 

Encik Sulaiman B. Abdullah
PENOLONG PENGERUSI 

Tuan Haji Ahmad Sofi B. Haji Salleh
SETIAUSAHA

Ustazah Zainab Bt.Idris
PENOLONG SETIAUSAHA

Ustazah Fauziah bt. ishak
BENDAHARI

                                                                        

Tuan Haji A.Hamid B.Md.Arshad
AJK
Encik Ishak B.Ahmad
AJK
              
    

Encik Ismail B. Abdul Rahman
AJK
Encik Adnan B.Mat Akhir
AJK
Encik Mohd.Arshad B. Taha
AJK  


Puan Hajjah Noriah Bt. Ahmad
JURU AUDIT
                         
Tuan Haji Idris B.Mat Ali
JURU AUDIT


Rabu, 24 November 2010

Gambar-gambar bangunan baru(tambahan) yang dirasmikan baru-baru ini

Bangunan ini telah dirasmikan oleh wakil MB, Encik Abu Bakar B. Mat Ali pada 22.11.2010.Bangunan ini telah dibina oleh Syarikat Telus Jati Trading Sdn.Bhd.Pembinaan bangunan tersebut dimulakan pada pertengahan 2008.Bangunan ini digunakan pada awal tahun 2009.

Di bawah adalah gambar-gambar bangunan tersebut.

Tapak bangunan baru(tambahan) semasa dikonkrit

Di awal pembinaan bangunan





Dari pandangan hadapan sebelah kanan
Bangunan dari pandangan hadapan
Bahagian belakang bangunan




                  









Bangunan dari sebelah kiri


  









Tandas guru
Dalam bangunan


Bilik setor









Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan di atas bantuan membina bangunan tersebut.Melalui Jabatan Agama Islam Bahagian Pembangunan.Semoga bangunan ini membawa keselesaan kepada pelajar dan warga sekolah seluruhnya.Alhamdulillah.

Selasa, 23 November 2010

Majlis Ikhtifal 2010 dan Perasmian Bangunan Baru(Tambahan) oleh Menteri Besar Perak,Dato` Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Pada pagi 22 hb.Nov.2010,hari Isnin.Hujan turun renyai-renyai.Ramai berasa bimbang majlis yang dirancang akan terganggu.Walau bagaimana pun, tuhan maha kaya.Segalanya tetap berlangsung seperti yang dirancang.Alhamdulillah, majlis bermula lebih kurang 9.40 pagi.

Menteri Besar tidak dapat hadir kerana masih berada di tanah suci Mekah.Beliau telah mengamanahkan Encik Abu Bakar B. Mat Ali menjadi wakil beliau untuk merasmikan majlis dan bangunan sekolah ini.

Wakil Menteri Besar, Encik Abu Bakar B. Mat Ali
sedang membaca teks ucapan Menteri Besar
Di antara isi kandungan teks Menteri Besar ialah:

1.Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Ikhtifal ini.Mudah-mudahan menjadi majlis yang dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru, masyarakat dan pemimpin politik.
2.Kerajaan mengambil perhatian kepada sekolah rendah KAFA
3.Mengharapkan semua pihak bekerja kuat, terutamanya guru bagi membimbing anak bangsa dalam ilmu agama.

Encik Abdullah B. Salleh,Wakil AJK Jemaah Pengurusan/Sekolah 
dan masyarakat setempat memberi ucapan aluan
Encik Abdullah ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Parit Buntar.Beliau telah menyampaikan kata aluan mewakili AJK Jemaah Pengurusan dan masyarakat setempat.Diantara isi kandungan ucapan beliau ialah:

1. Meminta seluruh ahli masyarakat mengambil peluang menghantar anak-anak ke sekolah KAFA
2. Mengelakkan soal-soal politik di dalam kerjasama di sekolah
3. Menanamkan nilai-nilai agama yang seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat


Guru Besar memberi ucapan aluan                                   
Guru besar, Tuan Hj. Ahmad Sofi b. Salleh menyampaikan ucapan aluan di awal majlis.Diantara kandungannya ialah:
1. Menyeru ibu bapa mengambil peluang menghantar anak-anak kesekolah KAFA.Setiap pelajar diperuntukkan oleh pihak kerajaan sebanyak RM99.00 seorang setiap tahun
2. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil Menteri Besar diatas kesudian merasmikan bangunan baru(tambahan) sekolah ini.
3.Mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang telah menderma untuk pembangunan sekolah dan  program ini



Wakil Menteri Besar, Encik Abu Bakar B. Mat Ali
menarik tirai Perasmian Bangunan Baru(Tambahan)



Gambar-gambar lain semasa majlis tersebut boleh dilihat di laman Facebook sekolah.Sila klik dibawah

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut.Mudah-mudahan segala jasa baik mereka akan mendapat ganjaran di sisi Allah Taala.Amin




Persiapan Majlis Ikhtifal 2010 dan Perasmian Bangunan Baru Sekolah

Majlis Ikhtifal ini adalah merupakan kali pertama dibuat.Sebelum ini hanya majlis kecil-kecilan.Melibatkan guru dan pelajar sahaja.Tapi kali ini nak buat secara besar-besaran.Tambah pula yang dijemput adalah Menteri Besar Perak,Dato`Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Tentu banyak persiapan yang perlu dilakukan.Pada hari itu juga bangunan baru (tambahan) akan dirasmikan.Gambar-gambar persiapan boleh disaksikan seperti di bawah.
Guru-guru sedang mempersiapkan ruang makan tetamu wanita

Sempat juga bergambar selepas selepas letih  bekerja.
Pelajar wanita berlatih bagi memantapkan persembahan mereka

Susunan kerusi menghadap ke pentas utama.

Terima kasih kepada pihak pejabat daerah Kerian yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.Terutama Tuan Pegawai Daerah, Encik Ismail B. Hassan dan Penolong Pegawai Daerah, Encik Nasir.Terima Kasih jugalah kepada kakitangan MDK dan JKR yang menyiapkan khemah,pentas dan lain-lain lagi.


 Ustazahnya menguji tempat duduk dulu

Silakan, ruang makan untuk VIP
Pelajar lelaki sedang menyiapkan kad raya gergasi untuk diserahkan kepada MB.

Semua persiapan berjalan dengan lancar.Semoga majlis akan berjalan dengan sempurna.

Sabtu, 13 November 2010

Students in year 2010

Every years most of the school take the picture of their student with teacher.This picture surely be in the memory for the sudent and the teacher.This year the picture of them will put in this blog.They will remember it after they left this school.I`m sure...they will remember it.

 Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz with her student.Class One Saidina Abu Bakar
 Ustazah Noriah Bt. Ahmad with her student.Class 2 Saidina Abu Bakar
 Ustazah Johana Bt. Ariffin with the students from class  2 Saidina Umar
 Ustazah Faizah Bt. Mohamad with the students standard 3.From two class.Saidina Umar and Abu Bakar
 Ustazah Zainab Bt. Idris with students  from class 4 Saidina Abu Bakar
 Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh with the students of class 4 Saidina Abu Bakar.
 Ustazah Fauziah Bt. Ishak with her sudent, class 5 Saidina Abu Bakar
And the last one.Ustazah Norhasanah Bt. Md Senusi with the student from class 5 Saidina Umar
You can see how cute are they.And one day if they see it again, they will remember our school back.I hope one  day they will come back here.Just to see back the memory.Today will be the memory for tomorrow.

Kata Aluan -Guru Besar Srar Al Tahzib(Kafa)

Tuan Haji Ahmad Sofi B. Salleh
Guru Besar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Datang kepada saudara dan saudari yang sudi menjengok blok sekolah ini.Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengelola blog ini kerana bersusah payah membina dan menerbitkan blog ini untuk paparan umum.Saya amat bersyukur kepada tuhan, dengan limpah kurnianya sekolah ini dapat mengiringi kemajuan sejajar dengan pembangunan media elektronik masa kini.
Tujuan blog  ini diwujudkan bagi kemudahan pihak sekolah untuk memaparkan keadaan sekolah yang terkini.Samada perkembangan pembelajarannya,prasarana dan bentuk-bentuk keperluan yang mungkin ada pihak yang ingin sumbangkan kepada pihak sekolah.Mungkin juga sebagai sumber untuk mengetahui  sekolah kami.
Disamping itu,dipaparkan juga beberapa gambar dan tulisan  yang mungkin akan menjadi kenangan kepada seluruh warga sekolah.
Setiap perkembangan yang berlaku disekolah ini akan dipaparkan mengikut kesesuaian dan tidak menyalahi undang-undang negara Malaysia dan pihak penerbitan Blogspot.
Bahkan pihak sekolah mengalu-alukan sebarang bentuk nasihat yang membina atau teguran yang boleh membawa kebaikan untuk semua.Samada umtuk sekolah khasnya dan untuk ummah amnya.
Saya juga berharap mudah-mudahan sekolah ini akan mengorak langkah kecemerlangan di dalam pembelajaran.Terutamanya peperiksaan UPKK.Atau dalam kegiatan ko kurikulum.
Dan yang lebih utama utama, mudah-mudahan pelajar mengamalkan segala ilmu diperolehi di sekolah in sehingga akhir hayat.Terutama berkaitan dengan al quran dan solat.
Seperti yang dinyatakan di dalam Visi sekolah kami iaitu "Membina Generasi Berilmu, Beramal dan Bertaqwa Di Dunia Akhirat" menjadi kenyataan di dalam setiap pelajar yang dilahirkan daripada sekolah ini.
Akhir kata saya mengucapkan sekali lagi kepada pihak pengelola yang bertungkus lumus menyelenggarakan blog ini.Begitu juga kepada seluruh AJK Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran sekolah yang bersama-sama mengambil berat terhadap perkembangan dan kemajuaan sekolah.Juga kepada guru-guru yang tidak mengenal lelah membimbing dan mendidik pelajar memahami ilmu asas agama di sekolah ini.Kepada ibubapa atau penjaga, suka saya cadangkan agar sama-samalah kita  berusaha dan berdoa memastikan anak-anak kita belajar,beramal dan menghayati ilmu agama sehingga akhir hayat.Amin
Saya sudahi dengan ucapan
وبالله توفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jumaat, 5 November 2010

Selamat Datang ke Blog SRAR AT Tahzib, Titi Serong, Parit Buntar, Perak

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Akhirnya kini telah terbitlah blog sekolah untuk paparan umum.Tujuan blog ini diadakan bagi memudahkan mana-mana pihak untuk mengetahui sekolah ini secara pantas dan tepat.Blog ini juga bertujuan untuk memberi maklumat terkini kepada pelajar,ibu bapa dan guru.Samada peperiksaan atau aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.Atau individu-individu yang terlibat dengan sekolah ini..
Disamping itu, beberapa gambar-gambar akan dipaparkan diblok ini bagi mana-mana pihak ingin melihat keadaan sekolah ini dengan lebih jelas lagi.
Pihak kami juga mengalu-alukan sekiranya ada orang persendirian atau koparat yang berminat untuk menyumbangkan sedekah jariah untuk pembangunan sekolah ini.
Mudah-mudahan dengan adanya blog ini sama-sama membawa kebaikan kepada dunia dan akhirat.Amin.Terima Kasih

والسلام عليكم ورحمة الله