Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 23 Julai 2011

Program Gotong Royong Pedana KEMAS Negeri Perak

1 Malaysia bergotong royong
TITI SERONG.23hb.Julai2011.- Hari ini seluruh tadika-tadika KEMAS telah menjalankan Program Gotong Royong Perdana KEMAS  Negeri Perak.Tadika KEMAS Titi Serong turut mengadakan program tersebut pada pagi ini.Program itu telah disertai oleh AJK Tadika KEMAS, ibubapa pelajar tadika dan warga  SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Tadika KEMAS Titi Serong berjiran  dengan SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Puan Fazilah Osman
Menurut guru tadika ini,Puan Fazilah Bt,Osman,44, program tersebut bukan setakat gotong royong sahaja tetapi untuk menghidupkan  nilai  5S, iaitu Susun,Sisih,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amalkan di tadika ini.Tepat pukul 11.11 pagi sepohon bunga raya telah tanam.Penanaman pokok bunga raya ini juga telah dijalankan serentak di tadika-tadika KEMAS yang lain.
Beliau juga bersyukur kerana program ini telah berjaya menjalin kerjasama yang baik pihak tadika dengan ibubapa pelajar tadika dan warga SRAR(Kafa)  Al Tahzib,Titi Serong serta masyarakat sekitar.Kerjasama ini diharap dapat membantu mewujudkan suasana tadika yang mesra dan ceria.
Konsep menghijaukan sekitar tadika ini juga dapat mengindahkan lagi sekitar tadika ini.

Seorang lagi guru tadika tersebut Cik Fazilah Bt. Osman,25, turut gembira dengan kerjasama yang telah di berikan oleh semua pihak.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Tuan Pengerusi AJK Tadika Kemas Titi Serong, Encik Sulaiman B. Abdullah,AJK Tadika Kemas, ibubapa pelajar tadika,Guru Besar SRAR Al TahzibTuan Haji Ahmad Sofi B. Salleh,guru-guru  dan pelajar-pelajar  SRAR Al Tahzib,Titi Serong Parit Buntar Perak.

Tuan Penegrusi AJK Tadika,Encik Sulaiman Abdullah menanam pokok bunga raya.
Diperhatikan oleh pelajar Tadika Kemas dan pelajar SRAR Al Tahzib.

Ahad, 3 Julai 2011

Harapan Untuk SRAR KAFA

Ustaz Mohamad Hosni
B. Md Senusi
SELAMA.2hb.Jun,2011.- Tuan Penyelia Pengurusan SAR KAFA Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak, Ustaz Mohamad Hosni B.Md.Senusi menaruh harapan agar SAR KAFA akan lebih cemerlang di masa akan datang. Kursus-kursus atau taklimat-taklimat yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Agama Islam adalah bertujuan untuk meningkatkan sahsiah guru-guru KAFA ke tahap yang lebih baik. Disamping itu beliau mengharapkan hubungan baik pihak Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat menyelaras bentuk pentadbiran,perancangan dan pelajaran.Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang lebih berdokumentasi atau bermaklumat akan meningkatkan lagi nama baik SAR KAFA.Di samping itu beliau juga berharap taklimat-taklimat sebegini dapat membantu meningkatkan profesionalisma guru-guru SAR KAFA,khasnya di Perak.Beliau juga mengingatkan guru-guru SAR KAFA agar tidak merasa rendah diri dengan guru-guru lain kerana nilai guru tetap sama iaitu mendidik anak bangsa untuk berjaya.

Encik Mokhtar B. Alias
Manakala Tuan Nazir SRAR KAFA,Unit Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak,Encik Mokhtar B. Alias turut berpesan kepada guru-guru SAR KAFA perlu mematuhi etika perguruan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.Setiap tugasan yang diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam,JAKIM dan Jabatan Pelajaran hendaklah dipatuhi bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru.

Semoga semua guru-guru SAR KAFA mampu meningkatkan profesionalisma diri masing-masing.Tunaikanlah tanggung jawap dengan lebih ikhlas dan bersistem .Memikul tanggung jawap mengajar al quran dan fardhu ain adalah usaha yang murni.

Taklimat Untuk Guru SRAR KAFA

SELAMA. 2hb.Julai,2011 - Satu taklimat untuk guru-guru SRAR KAFA  daerah Selama, Bagan Serai dan Parit Buntar telah diadakan di dewan Majlis Daerah Selama hari ini.Seramai tidak kurang 300 orang guru-guru KAFA telah menghadirinya.Samada yang dilantik oleh pihak JAKIM /JAIPK dan lantikan Jemaah Pentadbiran dan Pengurusan sekolah.Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pelajaran Perak.
Taklimat tersebut meliputi beberapa perkara iaitu:

1. Makluman terkini                              -     oleh Encik Mokhtar B. Alias
                                                                      (Nazir SAR KAFA,Unit Pendidikan,
                                                                        Jabatan Agama Islam Perak)
2. Pengurusan Fail SAR KAFA             -     oleh Ustaz Mohamad Hosni B. Md.Senusi
                                                                      (Penyelia Pengurusan SAR KAFA,
                                                                       Sektor Pendidikan Islam,  Jabatan Pelajaran Perak)
3. Ke Arah Modal Insan Yang Cemerlang
    (Peningkatan Profesonalisme Guru-guru SAR KAFA Perak 2011)
                                                               -     oleh Ustaz Mohamad Hosni B. Md.Senusi
                                                                     (Penyelia Pengurusan SAR KAFA,
                                                                      Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak)
4. Penyediaan Buku Ringkasan             -     oleh Encik Rafhan B. Ahmad
                                                                      Jabatan Pelajaran Perak
5. Pengurusan Mesyuarat                      -     oleh Encik Razman B. Alias
                                                                     (Nazir SAR KAFA,Unit Pendidikan,
                                                                      Jabatan Agama Islam Perak)
6. Persatuan Guru-guru SAR KAFA     -      Wakil Persatuan   
   
                                                                                            
Encik Razman B. Alias menyampaikan
taklimat

Encik Mokhtar menyampaikan
Taklimat terkini
  
Sebahagian guru-guru KAFA yang hadir

Apa Kata Ketua Kampung

Encik Mohd.Arshad B. Taha
TITI SERONG.26hb.Jun,2011.- Ketua Kampung Parit Mat Alam,Encik Mohd Arshad B. Taha amat gembira dengan usaha murni yang telah dilakukan oleh pihak SRAR Al Tahzib, Titi Serong,Parit Buntar,Perak. Menziarahi orang-orang tua dan yang kurang bernasib baik akan menimbulkan keinsafan kepada diri masing-masing.Amalan ziarah seperti yang dilakukan oleh kelab basikal SRAR Al Tahzib dengan memaparkan doa dan salawat bersama semasa berziarah, pastinya akan menggembirakan hati pihak yang diziarahi.Beliau berharap akan ada program sebegini di masa akan datang.Beliau turut mengingatkan anak-anak yang terlibat dengan program ini agar  meneruskan amalan ziarah.Menghidupkan sikap berkasih sayang dengan ahli masyarakat yang lebih tua dan kurang bernasib baik adalah amalan yang mulia.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan tetamu yang sudi memeriahkan program ini.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih rumahnya sebagai tempat untuk program penutup  ziarah berbasikal kali ini.