Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 14 Mac 2012

Ziarah Berbasikal 1/2012

Pada pagi 12.2.2011,Hari Isnin.Pagi 9.00 pagi telah diadakan satu program ziarah berbasikal anjuran kelab basikal SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Ini adalah program Ziarah Berbasikal yang petama bagi tahun 2012.Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh telah memimpin pelajar menziarahi kawasan sekitar Jalan Terusan,Titi Serong,Parit Buntar,Perak. Ustazah Rohani Bt Abdul Aziz tidak dapat turut serta kerana beliau dimasukkan ke hospital.Beliau di serang sawan tarik pada subuh hari Ahad sebanyak 2 kali.Jadi Ustaz Hj. Ahmad Sofi terpaksa memimpin pelajar seorang diri.

Ustazah Rohani berada di hospital cuma 3 hari
Pelajar-pelajar dari kampung Tebuk Hj.Musa,Parit 1,Pekan Titi Serong dan kawasan berdekatan berkumpul di dataran kejat SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Manakala pelajar-pelajar dari kawasan Jalan Terusan,Taman Desa Aman dan Taman Sejahtera berhimpun di kawasan lapang di depan Taman Sejahtera.

Pelajar-pelajar dari sekolah kemudian berkayuh melalui pekan Titi Serong.Semasa di simpang Titi Serong,seorang bapa telah membantu pelajar-pelajar melintas simpang tersebut.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.Sambil berkayuh Ustaz Ahmad Sofi mengajak pelajar-pelajar bersalawat bersama-sama.

Kumpulan pelajar tersebut singgah sebentar di halaman sebuah rumah yang baru kebakaran.Tetapi tiada siapa yang berada di situ.Pelajar-pelajar tersebut meneruskan perjalanan ke Taman Sejahtera. Mereka berkumpul di kawasan lapang di hadapan Taman Sejahtera.Pelajar-pelajar diagihkan sebuku roti setiap seorang yang disedekahkan oleh ibu kepada pasangan kembar Muhamad Naim.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.

Mereka sama2 mendengar taklimat daripada Ustaz Hj.Ahmad Sofi berkaitan Adab Berziarah serta aktiviti yang akan mereka lakukan seterusnya.Mereka bersalawat bersama-sama sekali lagi.Kemudian pelajar-pelajar berkayuh ke sekitar Taman Sejahtera.Lalu menuju kerumah Encik Termigi B. Said.Basikal-basikal pelajar diletakkan berhampiran rumah jiran Encik Termigi.Merka berhimpun di tepi rumah tersebut bagi mendengar ucapan Ketua Kampung Jalan Terusan, Encik Ishak B. Ahmad. Beliau mengingatkan pelajar agar menjaga adab-adab semasa berziarah dan mengamalkan segala peribadi yang baik sebagai seorang muslim.Beliau turut menggalakkan pelajar berziarah orang-orang yang sakit di sekitar kampung halaman kita.
Ketua Kampung Jalan Terusan memberi ucapan kepada pelajar
Sesampai di rumah Encik Termigi, pelajar-pelajar di sambut oleh ahli keluarganya.Masing-masing berhadap ke arah Encik Termigi B. Said,44 tahun yang terbaring lemah.Beliau telah menderita selama 6 bulan dan tidak mampu berbicara.
Encik Termigi B. Said
Setelah doa dibacakan oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi, pelajar-pelajar mengambil kesempatan meniupkan kalimah Bismillah kepada air penawar yang akan diberikan kepada Encik Termigi.

Sebelum beredar pelajar-pelajar telah dijamu makan bihun di bawah pokok kelapa sawit.Di situ telah tersedia beberapa buah meja dan kerusi.Pelajar-pelajar gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga Encik Temigi.
Bab makan memang cekap
Pelajar-pelajar perempuan menjamu selera















Mungkin ada sesuatu yg menjadi pengajaran kepada pelajar ini

































Mereka bersurai pada pukul 11.00 pagi.

Puan Juriah,ibu mertua dan isteri Encik Termigi amat gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar tersebut.Puan Juriah telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.Dan sempat ditempatkan bersebelahan dengan Ustazah Rohani.
Betapa sabagai manusia kita tidak lepas dari sakit dan sihat.Yang sihat ziarahilah orang sakit.Setiap orang pasti melalui sakit dan susah.

Kepada pelajar-pelajar,ingatlah adab ziarah orang yang sakit.Di antaranya:
1. Memberi salam
2. Jangan banyak bercakap hal-hal yang tidak berfaedah
3. Mendoakan si sakit
4. Jangan terlalu lama berada bersama si sakit
5. Mengatakan sesuatu yang baik
6. Mengucapkan terima kasih jika di jamu makan minum

Yang lain rujuklah di dalam buku teks.Bincanglah bersama guru.

Sabtu, 25 Februari 2012

Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan ...

BADAN KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN SAR KAFA PARIT BUNTAR: Majlis Penyampaian Cek Pembangunan dan Pengurusan ...: IPOH.25hb.Feb.2012. - Bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Dato` Seri Dr. Zambry B. Abdul Kadir,satu Majlis Penyampaian Cek Pemb...

Setiap sekolah telah menerima RM 21, 974.00.Sama ada sekolah tersebut kecil atau pun besar jumlah yang diterima adalah sama.Duit tersebut akan digunakan bagi pembangunan dan pengurusan sekolah.Mudah-mudahan sumbangan ini dapat meningkatkan keselesaan sekolah dan memberi kecemerlangan kepada semua sekolah SAR KAFA dan pelajarnya.

Wang peruntukan ini tidak boleh diagihkan kepada guru-guru seperti wang perkapita yang selalu diterima.Sebaliknya sebagai ganti .... dapatlah bonus RM 500.00 tiap-tiap seorang guru KAFA.

Terima Kasih diucapkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas peruntukan ini.Terima Kasih Menteri Besar Perak di atas perancangan untuk meningkatkan SAR KAFA Perak.Mudah-mudahan peruntukan  sebegini akan diteruskan ....

Alhamdulillah....

Guru SRAR Al Tahzib gembira menerima cek bantuan Pembangunan dan Pengurusan SAR KAFA

BADAN KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN SAR KAFA PARIT BUNTAR: PROGRAM LIQA`UL FIKRI PERKHIDMATAN AGAMA ISLAM PAR...

BADAN KEMAJUAN DAN KEBAJIKAN SAR KAFA PARIT BUNTAR: PROGRAM LIQA`UL FIKRI PERKHIDMATAN AGAMA ISLAM PAR...: PARIT BUNTAR,28hb.Januari 2012(4 Rabi`ul Awal 1433).Satu program yang bernama Liqa`ul Fikri Perkhidmatan Agama Islam Parit Buntar telah dia...

Selasa, 31 Januari 2012

Pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPKK 2011

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang cemerlangdalam peperiksaan UPKK 2011.3orang mendapat 8A.Mereka ialah:

Mohd Syafiq
Wardina Safiya
Umi Nazirah



















Manakala yangmendapat 7A pula seramai 8 orang.Mereka ialah:
1.Muhamad Akmal Rusdy
2. Zainal B. Jefri
3. Nur Khuzaimah Bt. Ramli
4. Nurainun Syafiqah Bt.Samsudin
5. Nur Nisa Irdina Bt. Nur Junaidi
6. Ain Shatin Rodiah Bt. Anuar
7. Nurul Huda Nabila Bt. Azmi
8. Qurratun Ain

Kesemua pelajar yang telah menduduki peperiksaan UPKK tersebut layak menduduki peperiksaan SRAI 2012.

Ahad, 15 Januari 2012

Selamat Datang Ustaz Baru


Selamat Datang kepada Ustaz Mohd Rafiqi B. Hj. Ariffin.Beliau berasal dari Bandar Baharu,Kedah.Berumur 18 tahun.Baru selesai menduduki peperiksaan STAM.Pernah belajar di Maktab Mahmud dan SABK Al Falah.Beliau mahir menulis khat dan pandai bernasyid.Berwajah lembut dan penyayang.Mudah-mudahan kehadiran beliau memeriahkan lagi suasana di SRAR Al Tahzib, Titi Serong, Parit Buntar, Perak.Selamat Datang dan Selamat Bertugas

Taklimat KAFA dan Sekolah

TITI SERONG.15 Januari 2012(21Safar 1433) - Satu program taklimat KAFA dan sekolah telah diadakan buat julung kalinya.Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi info-info berkaitan dengan pembelajaran KAFA.Samada berkaitan peperiksaan UPKK dan SRAI.Dalam masa yang sama Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh,Guru Besar SRAR Al Tahzib turut memberi taklimat berkaitan perkembangan sekolah.

Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh
Guru Besar
Dalam ucapan taklimat tersebut, Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan terkini KAFA.Diantaranya ialah:

1. Peperiksaan UPKK 2011 menunjukkan peningkatan yang baik.Keputusan peperiksaan tersebut belum diumumkan.
2. Peperiksaan SRAI(Sijil Rendah Agama Islam) baru dilaksanakan pada tahun 2011.Syarat menduduki peperiksaan tersebut diantaranya perlu ada sijil UPKK
3. Guru-guru KAFA perlu menduduki peperiksaan PTK(Penilaian Tahap Kemahiran) bermula tahun 2011.Bagi mengenal pasti tahap kemahiran guru menguasai pelajaran Jawi,Al Quran dan Bahasa Arab.Pihak Jabatan Agama Islam akan menyediakan kursus-kursus bagi memantapkan tahap kemahiran guru di masa akan datang
4. Sekolah Agama KAFA Integrasi sama seperti sekolah kebangsaan.Mempunyai peraturan dan pelaksanaan yang tersusun dibawah Jabatan Agma Islam Perak,JAKIM dan Kementerian Pelajaran
5. Pendaftaran pelajar dibuat setiap tahun.Begitu juga lantikan guru perlu diperbaharui setiap tahun.Kerana taraf guru KAFA adalah sebagai kontrak dan bukan pekerjaan tetap.

Manakala taklimat berkaitan sekolah diterangkan secara panjang lebar oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh.Termasuk matlamat dan hala tuju sekolah untuk masa akan datang.Di antara isi taklimat sekolah pula ialah:

1. Pendaftaran pelajar tahun ini terpaksa ditutup lebih awal kerana kekurangan kelas dan guru.Nisbah seorang guru mengajar 30 orang pelajar
2. Pembangunan dan kemajuan sekolah banyak dibantu oleh pihak swasta dan perseorangan.Manakala tahun lalu Jabatan Kemajuan Luar Bandar ada memperuntukan jalan tar untuk jalan dan dataran kejat sekolah.
3.Apa-apa permasalahan pelajar boleh dirundingkan dengan pihak sekolah.
4.Pihak sekolah ada mengadakan pelbagai program yang turut melibatkan masyarakat setempat seperti Program Ziarah Berbasikal 1,2 dan 3.
5.Borang aduan dan cadangan dikeluarkan bagi berkongsi idea untuk kemajuan sekolah.Dan mengambil maklumat aduan secara tersusun dan mudah untuk diambil tindakan
6. Persatuan Ibubapa wajar diwujudkan bagi membina kerjasama diantara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga.Disamping itu pelbagai program yg bersesuaian dapat dilaksanakan
7. Mengharapkan kemajuan sekolah akan lebih cemerlang dan teratur di masa akan datang.

Ustaz Hj. Shaari B. Abu Bakar
Pegawai PPD Kerian
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Shaari B. Hj. Abu Bakar, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.Beliau turut memberi beberapa maklumat yang terkini berkaitan pendidikan KAFA.Di antaranya,

1. KAFA banyak membantu pelajar-pelajar menguasai pelajaran Jawi dan Al Quran di sekolah kebangsaan.
2. Pendidikan solat membantu pelajar mudah menghayati ibadah itu di mana jua.
3. Permasalahan yang berlaku di sekolah eloklah dirunding dengan perbincangan yang baik.Elakkan daripada membawa perkara tersebut hingga ke tahap yang tak sepatutnya.
4. Kerjasama yang baik diantara ibu bapa dan sekolah akan membantu perkembangan pembelajaran anak-anak.
5. Kesedaran semua pihak terhadap pendidikan agama semakin meningkat.Kini MRSM pun ada pengajian Ulul Albab(Sains Tahfiz)



Selepas taklimat tersebut, Tuan Guru Besar, Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh telah mengendalikan sessi Taa`ruf (suai kenal) semua guru-guru kepada ibu bapa.Semua guru-guru diminta tampil di hadapan ibubapa/penjaga.Kemudian guru besar mengetuai guru-guru mengetuai ucapan pengakuan penerimaan tanggung jawap mendidik anak-anak di hadapan hadirin yang hadir.Dia antara ucapannya,

Bismillahirrahmanirrahim.Wahai saudaraku yang ku sayang kerana Allah SWT.Kami kasih sayang kepada anak-anak kerana Allah SWT jua.Terima Kasih kerana sudi dan percaya menyerahkan anak-anak untuk di didik oleh kami.Insya Allah, kami akan mendidik mereka dengan sebaik mungkin.....

Kemudian masing-masing guru memeluk ibubapa yang hadir dan berlakulah ucapan penyerahan tanggung jawap oleh ibubapa kepada guru dengan linangan airmata.

Mudah-mudahan doa dan harapan dimakbulkan oleh Allah SWT.Setiap niat dan cita-cita yang baik insya Allah akan di mudahkan oleh Allah SWT.
Ibu-ibu yg hadir
Tetamu menjamu selera

Ahad, 8 Januari 2012

GURU KELAS 2012


Sessi Pagi
1. Kelas Satu Saidina Abu Bakar                   -             Ustaz Mohd Rafiqi B. Hj. Ariffin
2. Kelas Dua Saidina Abu Bakar                    -            Ustazah Faizah Bt. Mohamad
3. Kelas Dua Saidina Umar                            -            Ustazah Johana Bt. Ariffin
4. Kelas Tiga Saidina Abu Bakar                   -            Ustazah Fauziah Bt. Ishak
5. Kelas Tiga Saidina Umar                           -            Ustazah Salawani Bt. Mohd      

Sessi Petang
6. Kelas Empat Saidina Abu Bakar               -           Ustazah Zainab B. Idris
7. Kelas Empat Saidina Umar                       -           Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh
8. Kelas Lima Saidina Abu Bakar                 -           Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz
9. Kelas Lima Saidina Umar                         -           Ustazah Norhasanah Bt. Md Senusi