Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Januari 2012

Taklimat KAFA dan Sekolah

TITI SERONG.15 Januari 2012(21Safar 1433) - Satu program taklimat KAFA dan sekolah telah diadakan buat julung kalinya.Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi info-info berkaitan dengan pembelajaran KAFA.Samada berkaitan peperiksaan UPKK dan SRAI.Dalam masa yang sama Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh,Guru Besar SRAR Al Tahzib turut memberi taklimat berkaitan perkembangan sekolah.

Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh
Guru Besar
Dalam ucapan taklimat tersebut, Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan terkini KAFA.Diantaranya ialah:

1. Peperiksaan UPKK 2011 menunjukkan peningkatan yang baik.Keputusan peperiksaan tersebut belum diumumkan.
2. Peperiksaan SRAI(Sijil Rendah Agama Islam) baru dilaksanakan pada tahun 2011.Syarat menduduki peperiksaan tersebut diantaranya perlu ada sijil UPKK
3. Guru-guru KAFA perlu menduduki peperiksaan PTK(Penilaian Tahap Kemahiran) bermula tahun 2011.Bagi mengenal pasti tahap kemahiran guru menguasai pelajaran Jawi,Al Quran dan Bahasa Arab.Pihak Jabatan Agama Islam akan menyediakan kursus-kursus bagi memantapkan tahap kemahiran guru di masa akan datang
4. Sekolah Agama KAFA Integrasi sama seperti sekolah kebangsaan.Mempunyai peraturan dan pelaksanaan yang tersusun dibawah Jabatan Agma Islam Perak,JAKIM dan Kementerian Pelajaran
5. Pendaftaran pelajar dibuat setiap tahun.Begitu juga lantikan guru perlu diperbaharui setiap tahun.Kerana taraf guru KAFA adalah sebagai kontrak dan bukan pekerjaan tetap.

Manakala taklimat berkaitan sekolah diterangkan secara panjang lebar oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh.Termasuk matlamat dan hala tuju sekolah untuk masa akan datang.Di antara isi taklimat sekolah pula ialah:

1. Pendaftaran pelajar tahun ini terpaksa ditutup lebih awal kerana kekurangan kelas dan guru.Nisbah seorang guru mengajar 30 orang pelajar
2. Pembangunan dan kemajuan sekolah banyak dibantu oleh pihak swasta dan perseorangan.Manakala tahun lalu Jabatan Kemajuan Luar Bandar ada memperuntukan jalan tar untuk jalan dan dataran kejat sekolah.
3.Apa-apa permasalahan pelajar boleh dirundingkan dengan pihak sekolah.
4.Pihak sekolah ada mengadakan pelbagai program yang turut melibatkan masyarakat setempat seperti Program Ziarah Berbasikal 1,2 dan 3.
5.Borang aduan dan cadangan dikeluarkan bagi berkongsi idea untuk kemajuan sekolah.Dan mengambil maklumat aduan secara tersusun dan mudah untuk diambil tindakan
6. Persatuan Ibubapa wajar diwujudkan bagi membina kerjasama diantara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga.Disamping itu pelbagai program yg bersesuaian dapat dilaksanakan
7. Mengharapkan kemajuan sekolah akan lebih cemerlang dan teratur di masa akan datang.

Ustaz Hj. Shaari B. Abu Bakar
Pegawai PPD Kerian
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Shaari B. Hj. Abu Bakar, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.Beliau turut memberi beberapa maklumat yang terkini berkaitan pendidikan KAFA.Di antaranya,

1. KAFA banyak membantu pelajar-pelajar menguasai pelajaran Jawi dan Al Quran di sekolah kebangsaan.
2. Pendidikan solat membantu pelajar mudah menghayati ibadah itu di mana jua.
3. Permasalahan yang berlaku di sekolah eloklah dirunding dengan perbincangan yang baik.Elakkan daripada membawa perkara tersebut hingga ke tahap yang tak sepatutnya.
4. Kerjasama yang baik diantara ibu bapa dan sekolah akan membantu perkembangan pembelajaran anak-anak.
5. Kesedaran semua pihak terhadap pendidikan agama semakin meningkat.Kini MRSM pun ada pengajian Ulul Albab(Sains Tahfiz)



Selepas taklimat tersebut, Tuan Guru Besar, Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh telah mengendalikan sessi Taa`ruf (suai kenal) semua guru-guru kepada ibu bapa.Semua guru-guru diminta tampil di hadapan ibubapa/penjaga.Kemudian guru besar mengetuai guru-guru mengetuai ucapan pengakuan penerimaan tanggung jawap mendidik anak-anak di hadapan hadirin yang hadir.Dia antara ucapannya,

Bismillahirrahmanirrahim.Wahai saudaraku yang ku sayang kerana Allah SWT.Kami kasih sayang kepada anak-anak kerana Allah SWT jua.Terima Kasih kerana sudi dan percaya menyerahkan anak-anak untuk di didik oleh kami.Insya Allah, kami akan mendidik mereka dengan sebaik mungkin.....

Kemudian masing-masing guru memeluk ibubapa yang hadir dan berlakulah ucapan penyerahan tanggung jawap oleh ibubapa kepada guru dengan linangan airmata.

Mudah-mudahan doa dan harapan dimakbulkan oleh Allah SWT.Setiap niat dan cita-cita yang baik insya Allah akan di mudahkan oleh Allah SWT.
Ibu-ibu yg hadir
Tetamu menjamu selera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan