Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mac 2012

Ziarah Berbasikal 1/2012

Pada pagi 12.2.2011,Hari Isnin.Pagi 9.00 pagi telah diadakan satu program ziarah berbasikal anjuran kelab basikal SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Ini adalah program Ziarah Berbasikal yang petama bagi tahun 2012.Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh telah memimpin pelajar menziarahi kawasan sekitar Jalan Terusan,Titi Serong,Parit Buntar,Perak. Ustazah Rohani Bt Abdul Aziz tidak dapat turut serta kerana beliau dimasukkan ke hospital.Beliau di serang sawan tarik pada subuh hari Ahad sebanyak 2 kali.Jadi Ustaz Hj. Ahmad Sofi terpaksa memimpin pelajar seorang diri.

Ustazah Rohani berada di hospital cuma 3 hari
Pelajar-pelajar dari kampung Tebuk Hj.Musa,Parit 1,Pekan Titi Serong dan kawasan berdekatan berkumpul di dataran kejat SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Manakala pelajar-pelajar dari kawasan Jalan Terusan,Taman Desa Aman dan Taman Sejahtera berhimpun di kawasan lapang di depan Taman Sejahtera.

Pelajar-pelajar dari sekolah kemudian berkayuh melalui pekan Titi Serong.Semasa di simpang Titi Serong,seorang bapa telah membantu pelajar-pelajar melintas simpang tersebut.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.Sambil berkayuh Ustaz Ahmad Sofi mengajak pelajar-pelajar bersalawat bersama-sama.

Kumpulan pelajar tersebut singgah sebentar di halaman sebuah rumah yang baru kebakaran.Tetapi tiada siapa yang berada di situ.Pelajar-pelajar tersebut meneruskan perjalanan ke Taman Sejahtera. Mereka berkumpul di kawasan lapang di hadapan Taman Sejahtera.Pelajar-pelajar diagihkan sebuku roti setiap seorang yang disedekahkan oleh ibu kepada pasangan kembar Muhamad Naim.Terima Kasih pihak sekolah ucapkan.

Mereka sama2 mendengar taklimat daripada Ustaz Hj.Ahmad Sofi berkaitan Adab Berziarah serta aktiviti yang akan mereka lakukan seterusnya.Mereka bersalawat bersama-sama sekali lagi.Kemudian pelajar-pelajar berkayuh ke sekitar Taman Sejahtera.Lalu menuju kerumah Encik Termigi B. Said.Basikal-basikal pelajar diletakkan berhampiran rumah jiran Encik Termigi.Merka berhimpun di tepi rumah tersebut bagi mendengar ucapan Ketua Kampung Jalan Terusan, Encik Ishak B. Ahmad. Beliau mengingatkan pelajar agar menjaga adab-adab semasa berziarah dan mengamalkan segala peribadi yang baik sebagai seorang muslim.Beliau turut menggalakkan pelajar berziarah orang-orang yang sakit di sekitar kampung halaman kita.
Ketua Kampung Jalan Terusan memberi ucapan kepada pelajar
Sesampai di rumah Encik Termigi, pelajar-pelajar di sambut oleh ahli keluarganya.Masing-masing berhadap ke arah Encik Termigi B. Said,44 tahun yang terbaring lemah.Beliau telah menderita selama 6 bulan dan tidak mampu berbicara.
Encik Termigi B. Said
Setelah doa dibacakan oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi, pelajar-pelajar mengambil kesempatan meniupkan kalimah Bismillah kepada air penawar yang akan diberikan kepada Encik Termigi.

Sebelum beredar pelajar-pelajar telah dijamu makan bihun di bawah pokok kelapa sawit.Di situ telah tersedia beberapa buah meja dan kerusi.Pelajar-pelajar gembira dan mengucapkan terima kasih kepada keluarga Encik Temigi.
Bab makan memang cekap
Pelajar-pelajar perempuan menjamu selera















Mungkin ada sesuatu yg menjadi pengajaran kepada pelajar ini

































Mereka bersurai pada pukul 11.00 pagi.

Puan Juriah,ibu mertua dan isteri Encik Termigi amat gembira dengan kehadiran pelajar-pelajar tersebut.Puan Juriah telah dimasukkan ke hospital baru-baru ini.Dan sempat ditempatkan bersebelahan dengan Ustazah Rohani.
Betapa sabagai manusia kita tidak lepas dari sakit dan sihat.Yang sihat ziarahilah orang sakit.Setiap orang pasti melalui sakit dan susah.

Kepada pelajar-pelajar,ingatlah adab ziarah orang yang sakit.Di antaranya:
1. Memberi salam
2. Jangan banyak bercakap hal-hal yang tidak berfaedah
3. Mendoakan si sakit
4. Jangan terlalu lama berada bersama si sakit
5. Mengatakan sesuatu yang baik
6. Mengucapkan terima kasih jika di jamu makan minum

Yang lain rujuklah di dalam buku teks.Bincanglah bersama guru.

Ahad, 15 Januari 2012

Taklimat KAFA dan Sekolah

TITI SERONG.15 Januari 2012(21Safar 1433) - Satu program taklimat KAFA dan sekolah telah diadakan buat julung kalinya.Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi info-info berkaitan dengan pembelajaran KAFA.Samada berkaitan peperiksaan UPKK dan SRAI.Dalam masa yang sama Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh,Guru Besar SRAR Al Tahzib turut memberi taklimat berkaitan perkembangan sekolah.

Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh
Guru Besar
Dalam ucapan taklimat tersebut, Ustaz Hj.Ahmad Sofi B. Salleh menerangkan beberapa perkara berkaitan dengan perkembangan terkini KAFA.Diantaranya ialah:

1. Peperiksaan UPKK 2011 menunjukkan peningkatan yang baik.Keputusan peperiksaan tersebut belum diumumkan.
2. Peperiksaan SRAI(Sijil Rendah Agama Islam) baru dilaksanakan pada tahun 2011.Syarat menduduki peperiksaan tersebut diantaranya perlu ada sijil UPKK
3. Guru-guru KAFA perlu menduduki peperiksaan PTK(Penilaian Tahap Kemahiran) bermula tahun 2011.Bagi mengenal pasti tahap kemahiran guru menguasai pelajaran Jawi,Al Quran dan Bahasa Arab.Pihak Jabatan Agama Islam akan menyediakan kursus-kursus bagi memantapkan tahap kemahiran guru di masa akan datang
4. Sekolah Agama KAFA Integrasi sama seperti sekolah kebangsaan.Mempunyai peraturan dan pelaksanaan yang tersusun dibawah Jabatan Agma Islam Perak,JAKIM dan Kementerian Pelajaran
5. Pendaftaran pelajar dibuat setiap tahun.Begitu juga lantikan guru perlu diperbaharui setiap tahun.Kerana taraf guru KAFA adalah sebagai kontrak dan bukan pekerjaan tetap.

Manakala taklimat berkaitan sekolah diterangkan secara panjang lebar oleh Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh.Termasuk matlamat dan hala tuju sekolah untuk masa akan datang.Di antara isi taklimat sekolah pula ialah:

1. Pendaftaran pelajar tahun ini terpaksa ditutup lebih awal kerana kekurangan kelas dan guru.Nisbah seorang guru mengajar 30 orang pelajar
2. Pembangunan dan kemajuan sekolah banyak dibantu oleh pihak swasta dan perseorangan.Manakala tahun lalu Jabatan Kemajuan Luar Bandar ada memperuntukan jalan tar untuk jalan dan dataran kejat sekolah.
3.Apa-apa permasalahan pelajar boleh dirundingkan dengan pihak sekolah.
4.Pihak sekolah ada mengadakan pelbagai program yang turut melibatkan masyarakat setempat seperti Program Ziarah Berbasikal 1,2 dan 3.
5.Borang aduan dan cadangan dikeluarkan bagi berkongsi idea untuk kemajuan sekolah.Dan mengambil maklumat aduan secara tersusun dan mudah untuk diambil tindakan
6. Persatuan Ibubapa wajar diwujudkan bagi membina kerjasama diantara pihak sekolah dan ibubapa/penjaga.Disamping itu pelbagai program yg bersesuaian dapat dilaksanakan
7. Mengharapkan kemajuan sekolah akan lebih cemerlang dan teratur di masa akan datang.

Ustaz Hj. Shaari B. Abu Bakar
Pegawai PPD Kerian
Dalam taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Shaari B. Hj. Abu Bakar, Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kerian.Beliau turut memberi beberapa maklumat yang terkini berkaitan pendidikan KAFA.Di antaranya,

1. KAFA banyak membantu pelajar-pelajar menguasai pelajaran Jawi dan Al Quran di sekolah kebangsaan.
2. Pendidikan solat membantu pelajar mudah menghayati ibadah itu di mana jua.
3. Permasalahan yang berlaku di sekolah eloklah dirunding dengan perbincangan yang baik.Elakkan daripada membawa perkara tersebut hingga ke tahap yang tak sepatutnya.
4. Kerjasama yang baik diantara ibu bapa dan sekolah akan membantu perkembangan pembelajaran anak-anak.
5. Kesedaran semua pihak terhadap pendidikan agama semakin meningkat.Kini MRSM pun ada pengajian Ulul Albab(Sains Tahfiz)



Selepas taklimat tersebut, Tuan Guru Besar, Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh telah mengendalikan sessi Taa`ruf (suai kenal) semua guru-guru kepada ibu bapa.Semua guru-guru diminta tampil di hadapan ibubapa/penjaga.Kemudian guru besar mengetuai guru-guru mengetuai ucapan pengakuan penerimaan tanggung jawap mendidik anak-anak di hadapan hadirin yang hadir.Dia antara ucapannya,

Bismillahirrahmanirrahim.Wahai saudaraku yang ku sayang kerana Allah SWT.Kami kasih sayang kepada anak-anak kerana Allah SWT jua.Terima Kasih kerana sudi dan percaya menyerahkan anak-anak untuk di didik oleh kami.Insya Allah, kami akan mendidik mereka dengan sebaik mungkin.....

Kemudian masing-masing guru memeluk ibubapa yang hadir dan berlakulah ucapan penyerahan tanggung jawap oleh ibubapa kepada guru dengan linangan airmata.

Mudah-mudahan doa dan harapan dimakbulkan oleh Allah SWT.Setiap niat dan cita-cita yang baik insya Allah akan di mudahkan oleh Allah SWT.
Ibu-ibu yg hadir
Tetamu menjamu selera

Sabtu, 17 Disember 2011

Rumah Cantik Hati Gembira,Rumah Bersih Jiwa Bahagia

Pada 23 Nov 2011 satu lagi program Ziarah Berbasikal 3 telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal sekolah.Kali ini program ziarah membawa tema Ziarah Rumah Bersih dan Cantik.Tujuan menziarahi rumah-rumah yang cantik dan bersih adalah bagi menggalakkan pelajar membersihkan dan mencantikkan rumah masing-masing.Disamping itu dapat juga mengambil contoh rumah-rumah yang diziarahi untuk dipraktikkan cara menjaga dan mencantikkan rumah sendiri dan sekolah.

Rumah yg pertama kami ziarahi ialah rumah Saayah bt. Mat.Rumah 2 tingkat yang sederhana.Apa yg menarik rumah ini amat bersih dan kemas.Beliau amat menjaga kebersihan dalam dan luar rumahnya.Susun atur perabut dan hiasan dalaman rumah ini amat sederhana dan menarik.
Rumah Puan Saayah Bt. Mat
Ruang dalam rumah ini amat menarik

Ruang tamu
Ruang makan

Wet Kitchen(Dapur basah)

Guru-guru dan pelajar mengambil kesempatan bergambar dgn tuan rumah, Puan Saayah Bt. Mat (3 dari kanan)
Selepas itu rombongan berbasikal meneruskan ziarah ke rumah Encik Jamaluddin B. Said.Beliau adalah AJK JKKK Kampung Titi Serong.

Pelajar-pelajar ketika sampai di rumah Encik Jamaluddin B. Said
Setelah berkumpul di rumah ini,guru besar telah memberi taklimat berkaitan kebersihan dan kecantikan rumah.Dengan adanya Tv LCD yg besar, penerangan itu menjadi lebih menarik.Ketua Kampung Titi Serong,Encik Sulaiman Abdullah turut memberi ucapan sebagai tanda menghargai usaha murni ini.Dan Tuan rumah, Encik Jamaluddin B. Said mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih rumahnya untuk diziarahi.



Ketua KampungTiti Serong memberi ucapan kepada pelajar

Rumah Encik Jamaluddin B. Said  memang cantik dan menarik.Seolah semua ruang di dalam rumahnya macam pentas atau pelamin pula


Ruang solat rumah Encik Jamaluddin B. Said

Tempat mengambil wuduk yg menarik
 Selepas program tersebut para pelajar menjamu selera bersama-sama masyarakat Titi Serong


Majlis tahlil arwah
Tetamu yang hadir menjamu selera




Menurut Encik Jamaluddin mengecat dan menghias rumah ini diusahakan sendiri oleh mereka suami isteri.Kreativiti dan penggunaan bahan yang murah akan menghasilkan suasana yg kita kehendaki.Perlu meluangkan sedikit masa bagi membersih dan mencantikkan rumah.Menurutnya lagi, jika mahu rumah cantik dan bersih kenalah rajin dan tidak berat tulang.Beliau sendiri bekerjasama dengan isterinya dalam kerja menghias rumah ini.Manakala menurut isterinya,Puan Puan Siti Robikah Bt. Hj.AbuNgamar pula, "Kerja bukanlah alasan untuk kita malas membersihkan dan berhias rumah.SSebaliknya usaha yg sedikit demi sedikit akan menghasilkan suasana yg baik untuk rumah kita"

Pihak Kelab Basikal SRAR Al Tahzib mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Saayah Bt. Mat dan pasangan Encik Jamaluddin serta isteri kerana menunjukkan cara dan contoh membersihkan rumah.Mudah-mudahan sekolah juga akan bersih dan cantik juga

Untuk melihat gambar-gambar semasa aktiviti ini bolehlah klik di sini.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.245983102128600.60079.100001507358668&type=3

Sabtu, 24 September 2011

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak.

TITI SERONG.16HB.SEPT.2011. Bertempat di Balairaya Titi Serong,diadakan satu majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak. Program ini diadakan serentak dengan di setiap mukim seluruh Malaysia.Serentak juga di peringkat negeri dan negara.
Disamping itu JKKK Titi Serong turut serta membuat Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di dalam majlis tersebut.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong dan SRAR Al Tahzib, Titi Serong turut sama memeriahkan majlis ini.Majlis dimulakan dengan perarakan oleh pelajar-pelajar tersebut dari sekolah masing-masing.

Pelajar SRAR Al Tahzib sedang berarak
Sesampai di balairaya Titi Serong,hadirin memulakan dengan nyanyian  Negaraku.Di ikuti dengan lagu 1 Malaysia dan Jalur Gemilang.Video nyanyian mereka dibawah.



Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar bersama-sama Ketua-ketua kampung Mukim Parit Buntar.
Di tengah  Tuan Ketua Balai Polis Simpang Lima.
Kemudian Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar, Tuan Hj. Ahmad Syah B. Hamid menyampaikan ucapan aluan dan Perutusan Kemerdekaan Menteri Besar Perak,Dato` Seri Zambry Abdul Kadir.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong memulakan persembahan yang mencuit hati hadirin.Diikuti dengan deklamasi sajak oleh anak warga Titi Serong.Seterusnya persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.

Persembahan pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong.
Persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.
Seterusnya seorang warga emas telah dipilih menjadi menjadi Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar.Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman, 88 tahun berasal dari Titi Serong.Pernah belajar di SM Al Tahzib dan sekolah agama di Benut,Johor.Pernah bertugas sebagai Home Guard dan bertugas diSelama,Perak semasa zaman komunis.Beliau merupakan pejuang UMNO dan terlibat dengan penubuhan UMNO di Titi Serong.
Beliau berharap majlis sebegini dapat diadakan lagi di tahun akan datang.Beliau juga mengucapkan Selamat Merdeka.


Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman.
Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar,Perak 2011
Gambar-gambar semasa majlis tersebut dapat dilayari di facebook kami.klik http://www.facebook.com/media/set/?set=a.214802965246614.52664.100001507358668

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Sabtu, 23 Julai 2011

Program Gotong Royong Pedana KEMAS Negeri Perak

1 Malaysia bergotong royong
TITI SERONG.23hb.Julai2011.- Hari ini seluruh tadika-tadika KEMAS telah menjalankan Program Gotong Royong Perdana KEMAS  Negeri Perak.Tadika KEMAS Titi Serong turut mengadakan program tersebut pada pagi ini.Program itu telah disertai oleh AJK Tadika KEMAS, ibubapa pelajar tadika dan warga  SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Tadika KEMAS Titi Serong berjiran  dengan SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Puan Fazilah Osman
Menurut guru tadika ini,Puan Fazilah Bt,Osman,44, program tersebut bukan setakat gotong royong sahaja tetapi untuk menghidupkan  nilai  5S, iaitu Susun,Sisih,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amalkan di tadika ini.Tepat pukul 11.11 pagi sepohon bunga raya telah tanam.Penanaman pokok bunga raya ini juga telah dijalankan serentak di tadika-tadika KEMAS yang lain.
Beliau juga bersyukur kerana program ini telah berjaya menjalin kerjasama yang baik pihak tadika dengan ibubapa pelajar tadika dan warga SRAR(Kafa)  Al Tahzib,Titi Serong serta masyarakat sekitar.Kerjasama ini diharap dapat membantu mewujudkan suasana tadika yang mesra dan ceria.
Konsep menghijaukan sekitar tadika ini juga dapat mengindahkan lagi sekitar tadika ini.

Seorang lagi guru tadika tersebut Cik Fazilah Bt. Osman,25, turut gembira dengan kerjasama yang telah di berikan oleh semua pihak.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Tuan Pengerusi AJK Tadika Kemas Titi Serong, Encik Sulaiman B. Abdullah,AJK Tadika Kemas, ibubapa pelajar tadika,Guru Besar SRAR Al TahzibTuan Haji Ahmad Sofi B. Salleh,guru-guru  dan pelajar-pelajar  SRAR Al Tahzib,Titi Serong Parit Buntar Perak.

Tuan Penegrusi AJK Tadika,Encik Sulaiman Abdullah menanam pokok bunga raya.
Diperhatikan oleh pelajar Tadika Kemas dan pelajar SRAR Al Tahzib.

Ahad, 26 Jun 2011

Program Ziarah Berbasikal 2/2011

TITI SERONG,26hb.Jun2011- Satu program ziarah berbasikal telah diadakan hari ini.Program ini dilancarkan oleh Dato` Abdul Rahman Suliman,Pegawai Khas Menteri Besar Perak di Majlis Sumbangan Bantuan Makanan Yayasan Bina Upaya,Gotong Royong Bersih Kubur,Motivasi Pelajar,Gotong Royong Bina Pondok Bas dan Program Mesra Jiran bertempat di Balairaya Titi Serong

Rombongan Ziarah bersedia untuk memulakan ziarah
Seramai 45 orang pelajar telah menyertai program ziarah, dibawah pimpinan oleh guru kelab basikal sekolah,Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz.Turut mengiringi rombongan ini ialah Pengerusi Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, Tuan Hj. Abdul Sani B. Mat Desa, guru-guru dan AJK Jemaah Pengurusan Sekolah.
Tempat yang pertama diziarahi ialah tanah perkuburan masjid Titi Serong.Di situ pelajar-pelajar telah membaca tahlil arwah dibawah pimpinan Guru Besar, Tuan Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh.Di tanah perkuburan ini juga disemadikan Allahyarham Tuan Hj Arshad B.Saberan,matan penolong guru besar SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Bersila untuk bertahli arwah
Seterusnya rombongan menziarahi rumah ketua kampung Jalan Terusan,Encik Ishak B. Ahmad.Beliau telah memberi ucapan ringkas mengalu-alukan rombongan pelajar tersebut.Kemudian pelajar-pelajar dijamu dengan jamuan ringan.
Ketua Kampung Jalan Terusan,Encik Ishak B. Ahmad memberi ucapan aluan kepada rombongan pelajar
Kemudian pelajar-pelajar tadi singgah berziarah rumah Tuan Hj. Hasbullah B. Abu Hassan.Beliau merupakan tokoh masyarakat yang banyak berjasa.Beliau amat terharu dengan ziarah tersebut dan sempat memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar.

Tuan Hj.Hasbullah B. Abu Hassan membacakan doa
Selanjutnya rombngan berziarah ke rumah Puan Zaleha Bt. Che Ani.Suami Puan Zaleha tidak mampu berjalan dan bercakap setelah mengalami kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu.Ziarah ini memberi iktibar serta keinsafan kepada semua pelajar.

Pelajar lelaki mengambil kesempatan bersalaman dengan suami Puan Zaleha
Sesampainya di rumah ketua kampung Parit Mat Alam, Encik Mohd.Arshad B. Taha, beliau telah mengajak pelajar berjalan kaki menziarah jirannya yang sakit tenat.Pelajar berdoa bersama-sama agar pak cik Abdul Wahab kembali sihat sejahtera.

Adik Zainal B. Jefri,ketua pelajar SRAR Al Tahzib bersalam dengan pak Cik Abdul Wahab

Rombongan ziarah kembali berkumpul ke rumah ketua kampung Parit Mat Alam untuk acara selanjutnya.Tazkirah dan muzakarah ringkas telah di berikan oleh guru besar.Encik Abu Bakar B. Mat Ali, Penyelaras DUN Titi Serong telah memberi ucapan menghargai usaha yang telah di lakukan oleh pihak sekolah.Manakala Datin Saemah Bt. Hussain turut memberi ucapan nasihat agar pelajar-pelajar menghargai golongan orang tua dan yang kurang bernasib baik di dalam masyarakat.

Datin Saemah Bt. Hussain memberi pesanan kepada pelajar

Kuiz spontan dan cabutan nama bertuah mengakhiri program tersebut.Adik Nurul Aina Bt Ilias bertuah menerima sebuah basikal yang telah disumbangkan oleh Dato Abdul Rahman Suliman.

Sebenarnya semua pelajar sememangnya bertuah kerana Datin Saemah Bt. Hussain telah sudi memberi duit  poket untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat hadiah 22 hamper yang disediakan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada :

Pegawai Khas Menteri Besar Perak,Dato Abdul Rahman B. Suliman  dan isteri, Datin Saemah Bt. Hussain
Penyelaras DUN Kawasan Titi Serong, Encik Abu Bakar B. Mat Ali dan Isteri
Penyelaras DUN Kuala Kurau, Encik Mohd Salleh  B. Mat Disa
Puan Pegawai Belia Parit Buntar,Raja Hamidah
AJK UMNO /Wanita/Puteri  Bahagian Parit Buntar
Encik Mohd. Arshad B. Taha,Ketua Kampung Parit Mat Alam, Encik Ishak B. Ahmad,Ketua Kampung Jalan Terusan dan Encik Sulaiman B. Abdullah, Ketua Kampung Titi Serong
Ahli JKKK Kampung Parit Mat Alam,Jalan Terusan dan Titi Serong
Ustazah Zainab Bt. Idris dan suami.
Tuan Hj. Hasbullah B. Abu Hassan dan keluarga,Puan Zaleha dan keluarga serta Encik Abdul Wahab dan keluarga.
Semua pihak yang terlibat menjayakan program ziarah berbasikal 2/2011

ZIARAH MEMBAWA BARAKAH.

Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011

BAGAN TIANG.15hb.Mei,2011(11Jamadil Akhir 1432) - Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak telah diadakan di SRAR Maahad Tarbiah Islamiyah,Bagan Tiang,Tanjung Piandang, Perak.Majlis pertandingan untuk pelajar-pelajar KAFA ini diadakan selama 2 hari.Iaitu pada hari Sabtu(semalam) dan hari ini.Majlis ini diadakan 2 hari kerana penambahan beberapa jenis pertandingan lagi.Iaitu marhaban,syarahan bahasa arab dan melayu.

SF Ustaz Harith Fadhilah B.Abdul Halim
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegarah Jabatan Agama Islam Perak,SF Ustaz Harith Fadhilah b. Abdul Halim.Di dalam ucapan perasmian tersebut,beliau menyatakan bahawa pihak Jabatan Agama Islam Perak akan membantu sebarang aktiviti bermanafaat untuk pelajar-pelajar KAFA.Majlis ikhtifal  ini juga dapat mencungkil bakat atau kebolehan pelajar-pelajar KAFA.

Sebelum itu, SF Ustaz Firdaus B. Salleh, Tuan Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar dan selaku Pengerusi Majlis Sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar 2011 telah memberi ucapan aluan. Beliau menyatakan bahawa  majlis ikhtifal ini adalah bentuk hiburan cara Islam yang perlu dipupuk  bagi mengelakkan generasi akan datang terbawa unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak di atas kesudian merasmikan majlis ini.Disamping itu beliau mengucapkan terima kasih  kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.Samada di kalangan AJK Majlis sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar, kakitangan Jabatan Agama Islam, guru-guru KAFA dan ibubapa serta pelajar-pelajar.Selaku Pengerusi majlis sambutan, beliau memohon kemaafan sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini diadakan.

Secara keseluruhan, SRAR Al Hidayah, Taman Semarak,Parit Buntar, Perak telah membolot juara keseluruhan di Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011.

Sila klik di bawah untuk melihat sebahagian gambar-gambar semasa majlis ini.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.166313566762221.40648.100001507358668

Jumaat, 6 Mei 2011

Pertandingan Mewarna Untuk Tahun Satu

TITI SERONG.6hb.Mei,2011(2 Jamadil Akhir 1432) - Satu pertandingan mewarna untuk pelajar tahun satu SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Pelajar-pelajar tersebut mewarna perkataan tema Maa`l Hijrah tahun ini.Seramai 40 orang pelajar tahun satu terlibat dengan pertandingan ini.
Pemenang pertama kelas satu Saidina Abu Bakar ialah adik Muhd Alif Safri Ikwan.Manakala pemenang pertama kelas Saidina Umar ialah adik Nurul Farzana Usman.Kesemua pemenang pertama hingga kelima mendapat hadiah sumbangan peribadi daripada guru kelas masing-masing.

Hasil goresan warna adik Muhd Alif Safri Ikhwan

Hasil goresan warna adik Nurul Farzana Usman
Ustazah Salawani Mohd


Menurut guru kelas satu Saidina Umar,Ustazah Salawani Bt.Mohd,"Pertandingan mewarna ini adalah untuk membina ketelitian dan kecermatan di atas apa-apa kerja yang diberikan oleh guru-guru.Disamping itu dapat menarik minat pelajar-pelajar terhadap tulisan jawi dan semangat cintakan negara."





Pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan menunjukkan
hasil kerja masing-masing

Rabu, 27 April 2011

Majlis Bacaan Yasin 1


TITI SERONG.22hb.April,2011(18 Jamadil Awal 1432). - Bertempat di surau SRAR Al Tahzib, Titi Serong, Parit Buntar, Perak.Satu Majlis Bacaan Yassin telah diadakan.Majlis tersebut diadakan bersama-sama pelajar sessi petang.Iaitu pelajar tahun 4 dan 5.

Tujuan membaca yassin tersebut adalah untuk mengharapkan kebaikan dan kesejahteraan untuk semua pelajar,guru-guru dan sekolah.Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk dan kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar-pelajar SRAR Al Tahzib.

Seorang pelajar tahun 5, Adik Mohd Akmal Rusydi berasa bersyukur dapat mennyertai majlis tersebut.Beliau mengharapkan agar dapat diadakan majlis sebegini dan disertai bersama ibubapa pula.

Insya Allah pihak sekolah akan mengadakan majlis sebegini dan jika sesuai, pihak ibu bapa juga akan diminta mendoakan anak masing-masing secara berdepan.

"Berdoalah untuk anak-anak dan kesejahteraan untuk tempat belajar mereka."

DOA ADALAH SENJATA MUKMIN

Isnin, 28 Mac 2011

Sajak dideklamasikan oleh adik Mohd Sayuti B. Abdul Kahar

Pada Majlis Penyampaian Sijil UPKK 2010 pada hari Isnin,28hb.Mac.2011 baru-baru ini adik Mohd Sayuti B. Abdul Kahar telah berpeluang mendeklamasikan sebuah sajak.Tajuk sajaknya ialah "Kasihku"


                                                                   KASIHKU

                                                Kasihku... 
                                                Hanya kepada tuhan
                                               Yang menjadikan seisi alam
                                               Syukur di atas kurnianya..

                                               Kasihku..
                                              Juga untuk ibu dan bapa
                                              Yang menjaga dan memeliharaku
                                              Tak ternilai jasa mereka
                                              Kan ku kenang sentiasa

                                               Kasihku..
                                               Tertumpah juga kepada guru
                                               Membimbing dan mengajar
                                               Al quran dan solat
                                               Terima kasih segalanya
                                              Ustaz dan ustazah...

                                              Kekasihku...
                                              Nabi Muhammad SAW
                                              Insan yang mulia
                                              Anugerah tuhan untuk kita

                                             Salawat dan salam
                                            Untuk nabi tercinta
                                            Untuk ibu,bapa dan guru
                                            Terima kasih ikhlas dariku

                                           Untukmu 
                                           Ya Tuhan...
                                           Alhamdulillah
                                           Hamba yang dhaif dan hina

                                            Ciptaan Mr.Pengelola

Jumaat, 11 Mac 2011

Bengkel Amali Solat 2011(Bahagian 1)

11hb.Mac.2011(Jumaat) - Pelajaran Amali Solat adalah salah satu mata pelajaran wajib yang diajarkan di semua sekolah KAFA setiap hari pembelajaran. Di penghujung hari persekolahan penggal pertama, satu program Bengkel Amali Solat telah diadakan di sekolah ini.Semua guru-guru telah terlibat dan membantu di dalam program ini.
Ustazah Rohani Abdul Aziz membetulkan cara rukuk pelajar lelaki
Ustazah Norhasanah Bt.Md Senusi,guru kelas 5 Saidina Abu Bakar  mengatakan bahawa adalah menjadi tanggung jawap setiap guru memastikan solat pelajar-pelajarnya dilakukan dengan betul.Untuk peperiksaan UPKK pun mata pelajaran amali solat akan disoal secara lisan.Begitu juga dengan  praktikalnya.


Atas rasa tanggung jawap, beliau turut membantu semasa program ini yang diadakan untuk sessi pagi dan petang.Walaupun beliau mengajar pada sessi petang sahaja.Sessi pagi disertai pelajar tahun 1 hingga 3.Sessi petang tahun 4 dan 5.

Di samping itu, pelajar-pelajar amat gembira kerana dapat mengambil bahagian untuk membantu sesama sendiri membetulkan cara pergerakan dalam solat.
Seorang pelajar lelaki membetulkan tangan rakan mereka semasa takbiratul ihram.
Manakala rakannya menunjukkan kedudukan tapak tangan ketika takbiratul ihram

Setelah selesai program tersebut,pelajar-pelajar berdoa dengan harapan mudah-mudahan dapat melakukan perbuatan solat dengan betul dan menjadi hamba Allah yang istiqamah dalam amalan solat.

Syukur Alhamdulillah
"Ya Allah, terimalah solat kami dan jadikanlah kami kalangan hambamu yang bertaubat.Ampuni dosa kami,ibu bapa kami, guru-guru kami dan sekelian muslimin dan muslimat.Hanya kepadamu,Ya Allah kami memohon dan berharap.Amin...amin... ya rabbal `alamin."

SOLATLAH KAMU SEBELUM MAUT MENJELMA
BELAJARLAR SOLAT DENGAN SEMPURNA 
TANDA KASIH SAYANG DAN KEIMANAN 
KITA KEPADA ALLAH SWT