Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Mei 2011

Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011

BAGAN TIANG.15hb.Mei,2011(11Jamadil Akhir 1432) - Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak telah diadakan di SRAR Maahad Tarbiah Islamiyah,Bagan Tiang,Tanjung Piandang, Perak.Majlis pertandingan untuk pelajar-pelajar KAFA ini diadakan selama 2 hari.Iaitu pada hari Sabtu(semalam) dan hari ini.Majlis ini diadakan 2 hari kerana penambahan beberapa jenis pertandingan lagi.Iaitu marhaban,syarahan bahasa arab dan melayu.

SF Ustaz Harith Fadhilah B.Abdul Halim
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegarah Jabatan Agama Islam Perak,SF Ustaz Harith Fadhilah b. Abdul Halim.Di dalam ucapan perasmian tersebut,beliau menyatakan bahawa pihak Jabatan Agama Islam Perak akan membantu sebarang aktiviti bermanafaat untuk pelajar-pelajar KAFA.Majlis ikhtifal  ini juga dapat mencungkil bakat atau kebolehan pelajar-pelajar KAFA.

Sebelum itu, SF Ustaz Firdaus B. Salleh, Tuan Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar dan selaku Pengerusi Majlis Sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar 2011 telah memberi ucapan aluan. Beliau menyatakan bahawa  majlis ikhtifal ini adalah bentuk hiburan cara Islam yang perlu dipupuk  bagi mengelakkan generasi akan datang terbawa unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak di atas kesudian merasmikan majlis ini.Disamping itu beliau mengucapkan terima kasih  kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.Samada di kalangan AJK Majlis sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar, kakitangan Jabatan Agama Islam, guru-guru KAFA dan ibubapa serta pelajar-pelajar.Selaku Pengerusi majlis sambutan, beliau memohon kemaafan sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini diadakan.

Secara keseluruhan, SRAR Al Hidayah, Taman Semarak,Parit Buntar, Perak telah membolot juara keseluruhan di Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011.

Sila klik di bawah untuk melihat sebahagian gambar-gambar semasa majlis ini.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.166313566762221.40648.100001507358668

Tiada ulasan:

Catat Ulasan