Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 26 Jun 2011

Program Ziarah Berbasikal 2/2011

TITI SERONG,26hb.Jun2011- Satu program ziarah berbasikal telah diadakan hari ini.Program ini dilancarkan oleh Dato` Abdul Rahman Suliman,Pegawai Khas Menteri Besar Perak di Majlis Sumbangan Bantuan Makanan Yayasan Bina Upaya,Gotong Royong Bersih Kubur,Motivasi Pelajar,Gotong Royong Bina Pondok Bas dan Program Mesra Jiran bertempat di Balairaya Titi Serong

Rombongan Ziarah bersedia untuk memulakan ziarah
Seramai 45 orang pelajar telah menyertai program ziarah, dibawah pimpinan oleh guru kelab basikal sekolah,Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz.Turut mengiringi rombongan ini ialah Pengerusi Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, Tuan Hj. Abdul Sani B. Mat Desa, guru-guru dan AJK Jemaah Pengurusan Sekolah.
Tempat yang pertama diziarahi ialah tanah perkuburan masjid Titi Serong.Di situ pelajar-pelajar telah membaca tahlil arwah dibawah pimpinan Guru Besar, Tuan Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh.Di tanah perkuburan ini juga disemadikan Allahyarham Tuan Hj Arshad B.Saberan,matan penolong guru besar SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Bersila untuk bertahli arwah
Seterusnya rombongan menziarahi rumah ketua kampung Jalan Terusan,Encik Ishak B. Ahmad.Beliau telah memberi ucapan ringkas mengalu-alukan rombongan pelajar tersebut.Kemudian pelajar-pelajar dijamu dengan jamuan ringan.
Ketua Kampung Jalan Terusan,Encik Ishak B. Ahmad memberi ucapan aluan kepada rombongan pelajar
Kemudian pelajar-pelajar tadi singgah berziarah rumah Tuan Hj. Hasbullah B. Abu Hassan.Beliau merupakan tokoh masyarakat yang banyak berjasa.Beliau amat terharu dengan ziarah tersebut dan sempat memberi sedikit nasihat kepada pelajar-pelajar.

Tuan Hj.Hasbullah B. Abu Hassan membacakan doa
Selanjutnya rombngan berziarah ke rumah Puan Zaleha Bt. Che Ani.Suami Puan Zaleha tidak mampu berjalan dan bercakap setelah mengalami kemalangan jalanraya beberapa tahun lalu.Ziarah ini memberi iktibar serta keinsafan kepada semua pelajar.

Pelajar lelaki mengambil kesempatan bersalaman dengan suami Puan Zaleha
Sesampainya di rumah ketua kampung Parit Mat Alam, Encik Mohd.Arshad B. Taha, beliau telah mengajak pelajar berjalan kaki menziarah jirannya yang sakit tenat.Pelajar berdoa bersama-sama agar pak cik Abdul Wahab kembali sihat sejahtera.

Adik Zainal B. Jefri,ketua pelajar SRAR Al Tahzib bersalam dengan pak Cik Abdul Wahab

Rombongan ziarah kembali berkumpul ke rumah ketua kampung Parit Mat Alam untuk acara selanjutnya.Tazkirah dan muzakarah ringkas telah di berikan oleh guru besar.Encik Abu Bakar B. Mat Ali, Penyelaras DUN Titi Serong telah memberi ucapan menghargai usaha yang telah di lakukan oleh pihak sekolah.Manakala Datin Saemah Bt. Hussain turut memberi ucapan nasihat agar pelajar-pelajar menghargai golongan orang tua dan yang kurang bernasib baik di dalam masyarakat.

Datin Saemah Bt. Hussain memberi pesanan kepada pelajar

Kuiz spontan dan cabutan nama bertuah mengakhiri program tersebut.Adik Nurul Aina Bt Ilias bertuah menerima sebuah basikal yang telah disumbangkan oleh Dato Abdul Rahman Suliman.

Sebenarnya semua pelajar sememangnya bertuah kerana Datin Saemah Bt. Hussain telah sudi memberi duit  poket untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat hadiah 22 hamper yang disediakan.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada :

Pegawai Khas Menteri Besar Perak,Dato Abdul Rahman B. Suliman  dan isteri, Datin Saemah Bt. Hussain
Penyelaras DUN Kawasan Titi Serong, Encik Abu Bakar B. Mat Ali dan Isteri
Penyelaras DUN Kuala Kurau, Encik Mohd Salleh  B. Mat Disa
Puan Pegawai Belia Parit Buntar,Raja Hamidah
AJK UMNO /Wanita/Puteri  Bahagian Parit Buntar
Encik Mohd. Arshad B. Taha,Ketua Kampung Parit Mat Alam, Encik Ishak B. Ahmad,Ketua Kampung Jalan Terusan dan Encik Sulaiman B. Abdullah, Ketua Kampung Titi Serong
Ahli JKKK Kampung Parit Mat Alam,Jalan Terusan dan Titi Serong
Ustazah Zainab Bt. Idris dan suami.
Tuan Hj. Hasbullah B. Abu Hassan dan keluarga,Puan Zaleha dan keluarga serta Encik Abdul Wahab dan keluarga.
Semua pihak yang terlibat menjayakan program ziarah berbasikal 2/2011

ZIARAH MEMBAWA BARAKAH.

Khamis, 16 Jun 2011

Ayah sakit...

Encik Zaulkifli bersama adik Intan Najwa,salah seorang anak-anaknya
TITI SERONG.16hb.Jun,2011 - Encik Zaulkiefli B. Darus,45 tahun, bapa kepada 5 orang anak menderita sakit jantung dan telah menjalani pembedahan di kepala bagi membuang darah beku.Beliau tidak mampu  bekerja disebabkan masalah kesihatannya ini.Beliau juga menghadapi masalah ingatan yang lemah.
Bagi meneruskan kehidupan keluarga ini,isteri beliau telah  mengusahakan peniagaan kecil-kecilan dihadapan rumah.Perusahaan kedai makan itulah yang mampu dilakukan oleh isterinya bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Pihak sekolah bersimpati dengan keluarga ini dan berharap anak-anaknya belajar bersungguh-sungguh.Beberapa orang anak-anaknya pernah dan sedang belajar di SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Salah seorang yang masih belajar di sekolah ini ialah adik Intan Najwa Bt. Zaulkiefli,10 tahun.Pelajar tahun 4.
Kami juga berdoa keluarga ini diberi ketabahan dan semoga anak-anak Encik Zaulkiefli akan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.Amin...

Selasa, 14 Jun 2011

Tujuan Kursus

SF Tuan Hj. Mohamad Nasar B. Kurdi
SIPUTEH,PERAK.14hb.Jun,2011 - SF Tuan Hj. Mohamad Nasar B. Kurdi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak menyatakan, tujuan kursus Meningkatkan Profesionalisma Guru SRAR KAFA 2011 adalah bagi meningkatkan mutu pengajaran guru-guru KAFA.Kualiti penyampaian dan personaliti terbaik guru akan melahirkan pelajar-pelajar yang lebih cemerlang di dunia dan akhirat.
Beliau berharap setiap peserta akan mengambil manafaat serta menyampaikan pula ilmu yang diperolehi semasa kursus ini kepada rakan-rakan di sekolah masing-masing. 






SF Tuan Hj. Zahidan Abdul Wahab
Manakala SF Tuan Hj.Zahidan B. Abdul Wahab,Penolong Pengarah Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam Elektif dan KKQ Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak menyatakan kursus berkaitan dengan al quran akan diteruskan sekiranya ada peruntukan.Bahkan  sekiranya pihak guru-guru KAFA sendiri sudi mengeluarkan sedikit bayaran, pihaknya bila-bila masa sudi untuk turun di mana-mana daerah.Beliau pasti  pihak Jabatan Pelajaran akan meneruskan kursus-kursus sebegini bagi membantu guru-guru KAFA meningkatkan kualiti pengajaran Al Quran di SRAR KAFA.
Menurut beliau lagi kemahiran al quran di kalangan pelajar KAFA perlu ditingkatkan lagi ketahap yang lebih baik.Bukan sekadar lancar membaca sahaja.Hukum tajwid dan fasahah huruf perlu dititik berat oleh setiap pembaca al quran.Beliau berharap kursus sebegini dapat membantu guru-guru KAFA.

Kursus Meningkatkan Profesionalisma Guru SRAR KAFA

SIPUTEH,PERAK.14hb.Jun,2011 - Bertempat di Akademi Pembangunan Belia Malaysia(APBM), Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak bersama Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru-guru SRAR KAFA 2011.Peserta-peserta terdiri daripada daerah Parit Buntar,Bagan Serai dan Taiping.
Majlis tersebut telah dirasmikan oeh SF Tuan Hj. Nasar B. Kurdi, Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak

SF Tuan Hj. Nasar B. Kurdi,
Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak.
Penceramah-penceramah kursus tersebut ialah:

1. Ustaz Hosni B.Md Senusi,Tuan Penyelia SRAR,SABK dan SAR Negeri Perak.
 Beliau memberi taklimat berkaitan ABM/BBM,P and P, Pemantauan kesekolah, penampilan dan interaksi guru
2. SF Tuan Hj. Zahidan B. Abdul Wahab,Penolong Pengarah Pengurusan Kurikulum Pendidikan Islam Elektif   dan KKQ Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak.
Beliau menyampaikan kursus Bacaan Khas Riwayat Hafs dari A`shim (Al Quran)
3. Ustaz Sallehuddin B. Hj. Arshad,Jabatan Pelajaran Perak
Beliau menyampaikan ceramah berkaitan  Perancangan Sistem Ejaan Jawi Zaaba dengan Jawi yang disempurnakan.