Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 15 Mei 2011

Harapan terhadap Pendidikan KAFA

SF Ustaz Harith Fadhilah
BAGAN TIANG.15hb.Mei,2011(11Jamadil Akhir 1432) 
Ketika di temubual oleh penulis,SF Ustaz Harith Fadhilah b. Abdul Halim,Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, meletakkan beberapa harapan yang baik untuk direnungi bersama.
Beliau mengharapkan agar majlis ikhtifal seperti ini dapat meningkatkan kualiti pelajar-pelajar KAFA di dalam penguasaan ilmu asas fardhu ain dan al quran.Pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan ini diharap akan terus memupuk bakat mereka di masa akan datang.Tak kira di mana mereka berada.
Pengorbanan pihak pendidik amat dihargai oleh pihak Jabatan Agama Islam Perak.Usaha yang disokong dengan baik oleh pihak ibu bapa dan sekolah amat wajar dieratkan dan diteruskan lagi bagi meningkatkan  kecemerlangan pelajar KAFA dan sekolah rendah agama rakyat seluruhnya.
Anggapan bahawa sekolah agama ini sebagai sekolah yang "low class" (rendah nilai) perlu dikikis.Dan semua pihak perlulah bersama-sama berganding bahu menaikkan nama  baik SRAR KAFA  di mata masyarakat. Guru-guru KAFA pula  perlulah bekerja lebih keras untuk menaikkan nama baik KAFA  dan  Jabatan Agama Islam Perak .Semoga kita bersama-sama dapat  melahirkan generasi berilmu dan beramal Insya Allah.

Tahniah SRAR Al Hidayah,Taman Semarak, Parit Buntar, Perak


BAGAN TIANG.15hb.Mei,2011(11Jamadil Akhir 1432) - SRAR Al Hidayah, Taman Semarak,Parit Buntar, Perak meneruskan kegemilangan sekolah tersebut dengan menjuarai keseluruhan pertandingan semasa Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011.Antara acara-cara yang dipertandingkan ialah tilawah al quran,hafazan al quran, hafazan al quran, syarahan bahasa arab dan melayu, bercerita dari kisah al quran, marhaban, nasyid dan khat.

SRAR Al Hidayah telah memenangi pertandingan seperti dibawah:-

 1.  Tilawah al quran lelaki lelaki                        -   Johan
 2.  Hafazan al quran lelaki                                 -   Johan
 3.  Bercerita lelaki.                                             -   Johan
 4.  Khat  lelaki                                                     -   Johan
 5.  Syarahan Bahasa Arab lelaki                      -   Johan
 6.  Syarahan Bahasa Melayu Lelaki                 -   Johan
 7.  Syarahan Bahasa Melayu Perempuan       -   Johan
 8.  Tilawah Al Quran Perempuan                      -   Naib johan
 9.  Syarahan Bahasa Arab Perempuan           -   Naib johan
10. Nasyid Perempuan                                       -   Naib johan
11. Nasyid Lelaki                                                 -   Tempat ketiga
12. Hafazan Perempuan                                     -   Tempat ketiga
13. Bercerita Perempuan                                   -   Tempat ketiga

Ustazah Hajjah Mahiyah
                                                                                                              Ustazah Hajjah Mahiyah, mudir SRAR Al Hidayah, Taman Semarak, Parit Buntar, Perak berasa amat terharu dan bersyukur dengan kemenangan yang telah diperolehi.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan pihak yang terlibat melatih pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan kali ini.Beliau juga berharap pelajar-pelajar yang berjaya itu dapat meneruskan bakat dan kebolehan mereka ketahap yang lebih cemerlang di masa akan datang.

Antara tropi-tropi yang dimenangi oleh SRAR Al Hidayah

Pelajar-pelajar bergambar bersama tropi-tropi yang mereka menangi.
Ditengah dan yang berjanggut itu adalah orang kuat mereka
Sekalong tahniah kepada SRAR Al Hidayah,Taman Semarak,Parit Buntar, Perak.

Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011

BAGAN TIANG.15hb.Mei,2011(11Jamadil Akhir 1432) - Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak telah diadakan di SRAR Maahad Tarbiah Islamiyah,Bagan Tiang,Tanjung Piandang, Perak.Majlis pertandingan untuk pelajar-pelajar KAFA ini diadakan selama 2 hari.Iaitu pada hari Sabtu(semalam) dan hari ini.Majlis ini diadakan 2 hari kerana penambahan beberapa jenis pertandingan lagi.Iaitu marhaban,syarahan bahasa arab dan melayu.

SF Ustaz Harith Fadhilah B.Abdul Halim
Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Pegarah Jabatan Agama Islam Perak,SF Ustaz Harith Fadhilah b. Abdul Halim.Di dalam ucapan perasmian tersebut,beliau menyatakan bahawa pihak Jabatan Agama Islam Perak akan membantu sebarang aktiviti bermanafaat untuk pelajar-pelajar KAFA.Majlis ikhtifal  ini juga dapat mencungkil bakat atau kebolehan pelajar-pelajar KAFA.

Sebelum itu, SF Ustaz Firdaus B. Salleh, Tuan Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar dan selaku Pengerusi Majlis Sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar 2011 telah memberi ucapan aluan. Beliau menyatakan bahawa  majlis ikhtifal ini adalah bentuk hiburan cara Islam yang perlu dipupuk  bagi mengelakkan generasi akan datang terbawa unsur-unsur hiburan yang tidak bersesuaian dengan Islam.Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak di atas kesudian merasmikan majlis ini.Disamping itu beliau mengucapkan terima kasih  kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis ini.Samada di kalangan AJK Majlis sambutan Ikhtifal Daerah Parit Buntar, kakitangan Jabatan Agama Islam, guru-guru KAFA dan ibubapa serta pelajar-pelajar.Selaku Pengerusi majlis sambutan, beliau memohon kemaafan sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang majlis ini diadakan.

Secara keseluruhan, SRAR Al Hidayah, Taman Semarak,Parit Buntar, Perak telah membolot juara keseluruhan di Majlis Ikhtifal Peringkat Daerah Parit Buntar,Perak tahun 2011.

Sila klik di bawah untuk melihat sebahagian gambar-gambar semasa majlis ini.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.166313566762221.40648.100001507358668

Isnin, 9 Mei 2011

Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2011 dan Semakan Data UPKK 2011

BAGAN SERAI,9hb.Mei,2011(5 Jamadil Akhir 1432)-Bertempat di pejabat Agama Islam Cawangan Bagan Serai, satu Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2010 dan Semakan Data UPKK 2011 telah diadakan.Guru besar dan guru tahun lima meliputi 3 daerah iaitu Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar  terlibat dengan majlis ini.
Majlis tersebut telah di mulai dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi B. Shaari,Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai.

Selanjutnya Ustaz Hj Mohd. Nasar B. Kurdi,Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pendidikan) Jabatan Agama Islam Perak telah menyampaikan sedikit ucapan.Antara ucapannya, beliau menyatakan lebih daripada 98 ribu pelajar sekolah KAFA, 14 ribu lebih akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ini.Beliau juga mengingatkan guru-guru KAFA agar membentuk kemahiran yang baik  dan menggunakan kaedah yang sesuai semasa mengajar.Beliau juga menyatakan  peperiksaaan SERAI(Sijil Rendah Agama) untuk tahun 6 akan diadakan pada tahun ini.
Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor, Penolong Pengarah  Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan  telah memberi analisis berkaitan pencapaian UPKK 2010 untuk daerah Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar.
3 buah sekolah telah dianugerahkan cenderamata di atas kecemerlangan UPKK 2010.Daerah Bagan Serai,SRAR Azharul Jannah,Simpang Empat Semanggol telah dipilih.Daerah Parit Buntar pula,SRAR Al Falah Parit Tok Ngah dan daerah Selama, SRAR Sya`ibiah,Pantai Besar.Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor.

Guru Besar  SRAR Azharul Jannah, Simpang Empat,
Semanggol menerima anugerah
Guru Besar SRAR Al Falah menerima anugerah
Guru Besar SRAR As Sya`ibiah, Pantai Besar menerima anugerah



 
Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi

Salah seorang guru besar yang menerima anugerah tersebut, Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi,SRAR Al Falah,Parit Tok Ngah telah menyatakan bahawa anugerah ini akan memberi semangat kepada guru-guru untuk mendidik pelajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Beliau juga berharap sekolahnya akan mengekalkan kecemerlangan untuk masa-masa akan datang.







Ketika ditemubual oleh penulis,Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor menaruh harapan agar setiap pelajar KAFA akan mendapat ilmu dan kemahiran yang telah dibentuk di dalam sekolah KAFA.Mudah-mudahan pelajar-pelajar KAFA akan lebih cemerlang di dalam peperiksaan UPKK akan datang.Kepada guru-guru KAFA, beliau mengingatkan agar berusaha dan bekerja dengan lebih gigih, sepadan dengan apa yang mereka perolehi.


Diakhir majlis satu taklimat dan perbincangan telah diberikan oleh pegawai Baitul Mal Bagan Serai

Jumaat, 6 Mei 2011

Pertandingan Mewarna Untuk Tahun Satu

TITI SERONG.6hb.Mei,2011(2 Jamadil Akhir 1432) - Satu pertandingan mewarna untuk pelajar tahun satu SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Pelajar-pelajar tersebut mewarna perkataan tema Maa`l Hijrah tahun ini.Seramai 40 orang pelajar tahun satu terlibat dengan pertandingan ini.
Pemenang pertama kelas satu Saidina Abu Bakar ialah adik Muhd Alif Safri Ikwan.Manakala pemenang pertama kelas Saidina Umar ialah adik Nurul Farzana Usman.Kesemua pemenang pertama hingga kelima mendapat hadiah sumbangan peribadi daripada guru kelas masing-masing.

Hasil goresan warna adik Muhd Alif Safri Ikhwan

Hasil goresan warna adik Nurul Farzana Usman
Ustazah Salawani Mohd


Menurut guru kelas satu Saidina Umar,Ustazah Salawani Bt.Mohd,"Pertandingan mewarna ini adalah untuk membina ketelitian dan kecermatan di atas apa-apa kerja yang diberikan oleh guru-guru.Disamping itu dapat menarik minat pelajar-pelajar terhadap tulisan jawi dan semangat cintakan negara."





Pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan menunjukkan
hasil kerja masing-masing