Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 9 Mei 2011

Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2011 dan Semakan Data UPKK 2011

BAGAN SERAI,9hb.Mei,2011(5 Jamadil Akhir 1432)-Bertempat di pejabat Agama Islam Cawangan Bagan Serai, satu Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2010 dan Semakan Data UPKK 2011 telah diadakan.Guru besar dan guru tahun lima meliputi 3 daerah iaitu Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar  terlibat dengan majlis ini.
Majlis tersebut telah di mulai dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi B. Shaari,Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai.

Selanjutnya Ustaz Hj Mohd. Nasar B. Kurdi,Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pendidikan) Jabatan Agama Islam Perak telah menyampaikan sedikit ucapan.Antara ucapannya, beliau menyatakan lebih daripada 98 ribu pelajar sekolah KAFA, 14 ribu lebih akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ini.Beliau juga mengingatkan guru-guru KAFA agar membentuk kemahiran yang baik  dan menggunakan kaedah yang sesuai semasa mengajar.Beliau juga menyatakan  peperiksaaan SERAI(Sijil Rendah Agama) untuk tahun 6 akan diadakan pada tahun ini.
Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor, Penolong Pengarah  Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan  telah memberi analisis berkaitan pencapaian UPKK 2010 untuk daerah Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar.
3 buah sekolah telah dianugerahkan cenderamata di atas kecemerlangan UPKK 2010.Daerah Bagan Serai,SRAR Azharul Jannah,Simpang Empat Semanggol telah dipilih.Daerah Parit Buntar pula,SRAR Al Falah Parit Tok Ngah dan daerah Selama, SRAR Sya`ibiah,Pantai Besar.Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor.

Guru Besar  SRAR Azharul Jannah, Simpang Empat,
Semanggol menerima anugerah
Guru Besar SRAR Al Falah menerima anugerah
Guru Besar SRAR As Sya`ibiah, Pantai Besar menerima anugerah



 
Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi

Salah seorang guru besar yang menerima anugerah tersebut, Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi,SRAR Al Falah,Parit Tok Ngah telah menyatakan bahawa anugerah ini akan memberi semangat kepada guru-guru untuk mendidik pelajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Beliau juga berharap sekolahnya akan mengekalkan kecemerlangan untuk masa-masa akan datang.







Ketika ditemubual oleh penulis,Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor menaruh harapan agar setiap pelajar KAFA akan mendapat ilmu dan kemahiran yang telah dibentuk di dalam sekolah KAFA.Mudah-mudahan pelajar-pelajar KAFA akan lebih cemerlang di dalam peperiksaan UPKK akan datang.Kepada guru-guru KAFA, beliau mengingatkan agar berusaha dan bekerja dengan lebih gigih, sepadan dengan apa yang mereka perolehi.


Diakhir majlis satu taklimat dan perbincangan telah diberikan oleh pegawai Baitul Mal Bagan Serai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan