Pada 23 Nov 2011 satu lagi program Ziarah Berbasikal 3 telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal sekolah.Kali ini program ziarah membawa tema Ziarah Rumah Bersih dan Cantik.Tujuan menziarahi rumah-rumah yang cantik dan bersih adalah bagi menggalakkan pelajar membersihkan dan mencantikkan rumah masing-masing.Disamping itu dapat juga mengambil contoh rumah-rumah yang diziarahi untuk dipraktikkan cara menjaga dan mencantikkan rumah sendiri dan sekolah.
Rumah yg pertama kami ziarahi ialah rumah Saayah bt. Mat.Rumah 2 tingkat yang sederhana.Apa yg menarik rumah ini amat bersih dan kemas.Beliau amat menjaga kebersihan dalam dan luar rumahnya.Susun atur perabut dan hiasan dalaman rumah ini amat sederhana dan menarik.
|
Rumah Puan Saayah Bt. Mat |
Ruang dalam rumah ini amat menarik
|
Ruang tamu |
|
Ruang makan |
|
Wet Kitchen(Dapur basah) |
|
Guru-guru dan pelajar mengambil kesempatan bergambar dgn tuan rumah, Puan Saayah Bt. Mat (3 dari kanan) |
Selepas itu rombongan berbasikal meneruskan ziarah ke rumah Encik Jamaluddin B. Said.Beliau adalah AJK JKKK Kampung Titi Serong.
|
Pelajar-pelajar ketika sampai di rumah Encik Jamaluddin B. Said |
Setelah berkumpul di rumah ini,guru besar telah memberi taklimat berkaitan kebersihan dan kecantikan rumah.Dengan adanya Tv LCD yg besar, penerangan itu menjadi lebih menarik.Ketua Kampung Titi Serong,Encik Sulaiman Abdullah turut memberi ucapan sebagai tanda menghargai usaha murni ini.Dan Tuan rumah, Encik Jamaluddin B. Said mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih rumahnya untuk diziarahi.
|
Ketua KampungTiti Serong memberi ucapan kepada pelajar |
Rumah Encik Jamaluddin B. Said memang cantik dan menarik.Seolah semua ruang di dalam rumahnya macam pentas atau pelamin pula
|
Ruang solat rumah Encik Jamaluddin B. Said |
|
Tempat mengambil wuduk yg menarik |
Selepas program tersebut para pelajar menjamu selera bersama-sama masyarakat Titi Serong
Majlis tahlil arwah
|
Tetamu yang hadir menjamu selera |
Menurut Encik Jamaluddin mengecat dan menghias rumah ini diusahakan sendiri oleh mereka suami isteri.Kreativiti dan penggunaan bahan yang murah akan menghasilkan suasana yg kita kehendaki.Perlu meluangkan sedikit masa bagi membersih dan mencantikkan rumah.Menurutnya lagi, jika mahu rumah cantik dan bersih kenalah rajin dan tidak berat tulang.Beliau sendiri bekerjasama dengan isterinya dalam kerja menghias rumah ini.Manakala menurut isterinya,Puan Puan Siti Robikah Bt. Hj.AbuNgamar pula, "Kerja bukanlah alasan untuk kita malas membersihkan dan berhias rumah.SSebaliknya usaha yg sedikit demi sedikit akan menghasilkan suasana yg baik untuk rumah kita"
Pihak Kelab Basikal SRAR Al Tahzib mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Saayah Bt. Mat dan pasangan Encik Jamaluddin serta isteri kerana menunjukkan cara dan contoh membersihkan rumah.Mudah-mudahan sekolah juga akan bersih dan cantik juga
Untuk melihat gambar-gambar semasa aktiviti ini bolehlah klik di sini.
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.245983102128600.60079.100001507358668&type=3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan