|
Encik Mohd.Arshad B. Taha |
TITI SERONG.26hb.Jun,2011.- Ketua Kampung Parit Mat Alam,Encik Mohd Arshad B. Taha amat gembira dengan usaha murni yang telah dilakukan oleh pihak SRAR Al Tahzib, Titi Serong,Parit Buntar,Perak. Menziarahi orang-orang tua dan yang kurang bernasib baik akan menimbulkan keinsafan kepada diri masing-masing.Amalan ziarah seperti yang dilakukan oleh kelab basikal SRAR Al Tahzib dengan memaparkan doa dan salawat bersama semasa berziarah, pastinya akan menggembirakan hati pihak yang diziarahi.Beliau berharap akan ada program sebegini di masa akan datang.Beliau turut mengingatkan anak-anak yang terlibat dengan program ini agar meneruskan amalan ziarah.Menghidupkan sikap berkasih sayang dengan ahli masyarakat yang lebih tua dan kurang bernasib baik adalah amalan yang mulia.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan tetamu yang sudi memeriahkan program ini.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memilih rumahnya sebagai tempat untuk program penutup ziarah berbasikal kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan