|
Ustaz Mohamad Hosni
B. Md Senusi |
SELAMA.2hb.Jun,2011.- Tuan Penyelia Pengurusan SAR KAFA Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak, Ustaz Mohamad Hosni B.Md.Senusi menaruh harapan agar SAR KAFA akan lebih cemerlang di masa akan datang. Kursus-kursus atau taklimat-taklimat yang di anjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri dan Jabatan Agama Islam adalah bertujuan untuk meningkatkan sahsiah guru-guru KAFA ke tahap yang lebih baik. Disamping itu beliau mengharapkan hubungan baik pihak Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak dapat menyelaras bentuk pentadbiran,perancangan dan pelajaran.Pengurusan dan pentadbiran sekolah yang lebih berdokumentasi atau bermaklumat akan meningkatkan lagi nama baik SAR KAFA.Di samping itu beliau juga berharap taklimat-taklimat sebegini dapat membantu meningkatkan profesionalisma guru-guru SAR KAFA,khasnya di Perak.Beliau juga mengingatkan guru-guru SAR KAFA agar tidak merasa rendah diri dengan guru-guru lain kerana nilai guru tetap sama iaitu mendidik anak bangsa untuk berjaya.
|
Encik Mokhtar B. Alias |
Manakala Tuan Nazir SRAR KAFA,Unit Pendidikan, Jabatan Agama Islam Perak,Encik Mokhtar B. Alias turut berpesan kepada guru-guru SAR KAFA perlu mematuhi etika perguruan yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.Setiap tugasan yang diberikan oleh pihak Jabatan Agama Islam,JAKIM dan Jabatan Pelajaran hendaklah dipatuhi bagi meningkatkan profesionalisma guru-guru.
Semoga semua guru-guru SAR KAFA mampu meningkatkan profesionalisma diri masing-masing.Tunaikanlah tanggung jawap dengan lebih ikhlas dan bersistem .Memikul tanggung jawap mengajar al quran dan fardhu ain adalah usaha yang murni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan