Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 23 November 2010

Majlis Ikhtifal 2010 dan Perasmian Bangunan Baru(Tambahan) oleh Menteri Besar Perak,Dato` Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Pada pagi 22 hb.Nov.2010,hari Isnin.Hujan turun renyai-renyai.Ramai berasa bimbang majlis yang dirancang akan terganggu.Walau bagaimana pun, tuhan maha kaya.Segalanya tetap berlangsung seperti yang dirancang.Alhamdulillah, majlis bermula lebih kurang 9.40 pagi.

Menteri Besar tidak dapat hadir kerana masih berada di tanah suci Mekah.Beliau telah mengamanahkan Encik Abu Bakar B. Mat Ali menjadi wakil beliau untuk merasmikan majlis dan bangunan sekolah ini.

Wakil Menteri Besar, Encik Abu Bakar B. Mat Ali
sedang membaca teks ucapan Menteri Besar
Di antara isi kandungan teks Menteri Besar ialah:

1.Mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah kerana berjaya mengadakan Majlis Ikhtifal ini.Mudah-mudahan menjadi majlis yang dapat mengeratkan silaturrahim antara ibu bapa dan guru, masyarakat dan pemimpin politik.
2.Kerajaan mengambil perhatian kepada sekolah rendah KAFA
3.Mengharapkan semua pihak bekerja kuat, terutamanya guru bagi membimbing anak bangsa dalam ilmu agama.

Encik Abdullah B. Salleh,Wakil AJK Jemaah Pengurusan/Sekolah 
dan masyarakat setempat memberi ucapan aluan
Encik Abdullah ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Parit Buntar.Beliau telah menyampaikan kata aluan mewakili AJK Jemaah Pengurusan dan masyarakat setempat.Diantara isi kandungan ucapan beliau ialah:

1. Meminta seluruh ahli masyarakat mengambil peluang menghantar anak-anak ke sekolah KAFA
2. Mengelakkan soal-soal politik di dalam kerjasama di sekolah
3. Menanamkan nilai-nilai agama yang seimbang untuk kebaikan dunia dan akhirat


Guru Besar memberi ucapan aluan                                   
Guru besar, Tuan Hj. Ahmad Sofi b. Salleh menyampaikan ucapan aluan di awal majlis.Diantara kandungannya ialah:
1. Menyeru ibu bapa mengambil peluang menghantar anak-anak kesekolah KAFA.Setiap pelajar diperuntukkan oleh pihak kerajaan sebanyak RM99.00 seorang setiap tahun
2. Mengucapkan ribuan terima kasih kepada wakil Menteri Besar diatas kesudian merasmikan bangunan baru(tambahan) sekolah ini.
3.Mengucapkan ribuan terima kasih kepada penderma yang telah menderma untuk pembangunan sekolah dan  program ini



Wakil Menteri Besar, Encik Abu Bakar B. Mat Ali
menarik tirai Perasmian Bangunan Baru(Tambahan)



Gambar-gambar lain semasa majlis tersebut boleh dilihat di laman Facebook sekolah.Sila klik dibawah

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis tersebut.Mudah-mudahan segala jasa baik mereka akan mendapat ganjaran di sisi Allah Taala.Amin




1 ulasan: