Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 23 November 2010

Persiapan Majlis Ikhtifal 2010 dan Perasmian Bangunan Baru Sekolah

Majlis Ikhtifal ini adalah merupakan kali pertama dibuat.Sebelum ini hanya majlis kecil-kecilan.Melibatkan guru dan pelajar sahaja.Tapi kali ini nak buat secara besar-besaran.Tambah pula yang dijemput adalah Menteri Besar Perak,Dato`Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Tentu banyak persiapan yang perlu dilakukan.Pada hari itu juga bangunan baru (tambahan) akan dirasmikan.Gambar-gambar persiapan boleh disaksikan seperti di bawah.
Guru-guru sedang mempersiapkan ruang makan tetamu wanita

Sempat juga bergambar selepas selepas letih  bekerja.
Pelajar wanita berlatih bagi memantapkan persembahan mereka

Susunan kerusi menghadap ke pentas utama.

Terima kasih kepada pihak pejabat daerah Kerian yang telah memberi kerjasama yang sangat baik.Terutama Tuan Pegawai Daerah, Encik Ismail B. Hassan dan Penolong Pegawai Daerah, Encik Nasir.Terima Kasih jugalah kepada kakitangan MDK dan JKR yang menyiapkan khemah,pentas dan lain-lain lagi.


 Ustazahnya menguji tempat duduk dulu

Silakan, ruang makan untuk VIP
Pelajar lelaki sedang menyiapkan kad raya gergasi untuk diserahkan kepada MB.

Semua persiapan berjalan dengan lancar.Semoga majlis akan berjalan dengan sempurna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan