Tuan Haji Ahmad Sofi B. Salleh
Guru Besar
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Selamat Datang kepada saudara dan saudari yang sudi menjengok blok sekolah ini.Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengelola blog ini kerana bersusah payah membina dan menerbitkan blog ini untuk paparan umum.Saya amat bersyukur kepada tuhan, dengan limpah kurnianya sekolah ini dapat mengiringi kemajuan sejajar dengan pembangunan media elektronik masa kini.
Tujuan blog ini diwujudkan bagi kemudahan pihak sekolah untuk memaparkan keadaan sekolah yang terkini.Samada perkembangan pembelajarannya,prasarana dan bentuk-bentuk keperluan yang mungkin ada pihak yang ingin sumbangkan kepada pihak sekolah.Mungkin juga sebagai sumber untuk mengetahui sekolah kami.
Disamping itu,dipaparkan juga beberapa gambar dan tulisan yang mungkin akan menjadi kenangan kepada seluruh warga sekolah.
Setiap perkembangan yang berlaku disekolah ini akan dipaparkan mengikut kesesuaian dan tidak menyalahi undang-undang negara Malaysia dan pihak penerbitan Blogspot.
Bahkan pihak sekolah mengalu-alukan sebarang bentuk nasihat yang membina atau teguran yang boleh membawa kebaikan untuk semua.Samada umtuk sekolah khasnya dan untuk ummah amnya.
Saya juga berharap mudah-mudahan sekolah ini akan mengorak langkah kecemerlangan di dalam pembelajaran.Terutamanya peperiksaan UPKK.Atau dalam kegiatan ko kurikulum.
Dan yang lebih utama utama, mudah-mudahan pelajar mengamalkan segala ilmu diperolehi di sekolah in sehingga akhir hayat.Terutama berkaitan dengan al quran dan solat.
Seperti yang dinyatakan di dalam Visi sekolah kami iaitu "Membina Generasi Berilmu, Beramal dan Bertaqwa Di Dunia Akhirat" menjadi kenyataan di dalam setiap pelajar yang dilahirkan daripada sekolah ini.
Akhir kata saya mengucapkan sekali lagi kepada pihak pengelola yang bertungkus lumus menyelenggarakan blog ini.Begitu juga kepada seluruh AJK Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran sekolah yang bersama-sama mengambil berat terhadap perkembangan dan kemajuaan sekolah.Juga kepada guru-guru yang tidak mengenal lelah membimbing dan mendidik pelajar memahami ilmu asas agama di sekolah ini.Kepada ibubapa atau penjaga, suka saya cadangkan agar sama-samalah kita berusaha dan berdoa memastikan anak-anak kita belajar,beramal dan menghayati ilmu agama sehingga akhir hayat.Amin
Saya sudahi dengan ucapan
وبالله توفيق والهداية. والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tiada ulasan:
Catat Ulasan