Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 29 Disember 2011

SUMBANGAN YG DITERIMA OLEH SEKOLAH 2011

Di antara sumbangan yang telah diterima sepanjang 2011 adalah seperti di bawah:

 
5 buah kipas
1. Lima buah kipas tersebut adalah sumbangan wakaf Allahyarham abang kepada Encik Suhaimi B. A.Hamid.Kipas-kipas tersebut di gunakan di dalam surau dan pejabat sekolah.Sumbangan ini diterima oleh pihak sekolah pada 22 Jun 2011.Mudah-mudahan roh Allahyarham mendapat keampunan dan rahmat di alam barzakh.Amin..

Mesin printer fotostat


 2. Mesin printer photostat jenama Canon ini adalah sumbangan daripada  Encik Abdul Rahim B. Ibrahim.Sedikit tambahan dibiayai oleh guru-guru sendiri.Termasuk sedikit sumbangan drpd PMI Parit Buntar.Harganya RM650.00.Tarikh diterima 25 September 2011



2 papan karom
3. Encik Suhaimi B. A.Hamid telah menyumbangkan 2 buah papan karom.Pelajar boleh bermain karom semasa waktu rehat atau sebelum sessi pembelajaran bermula.Tarikh diterima 22 Jun 2011.

50 buah kitab Yasin
4. Anak Encik Razali B. Ishak telah meninggal dunia akibat kemalangan motorsikal pada bulan April 2011.Sedikit simpanan milik Allahyarham anaknya dipersetujui oleh semua warisnya untuk diwakafkan bagi membeli 50 puluh kitab Yasin untuk sekolah.Mudah-mudahan Allahyarham dilimpahi keampun dan rahmat di alam barzakh.Diterima pada 9 Mei 2011

Cat Kayu dan alatan mengecat
5. Sumbangan cat dan alatan mengecat sumbangan bekas pelajar tahun 5 - 2008 dan 2009 serta guru-guru
20 pasang selipar
6. Ustaz Abdul Malik B. Hashim dan isteri, Ustazah Zainab Bt. Idris telah menyumbangkan 20 pasang kasut selipar untuk kegunaan pelajar semasa mengambil wuduk.Diterima pada 22 Mac 2011
 
Gril pintu besi
7. Beberapa orang guru telah berkongsi membeli gril pintu besi second hand di Bagan Serai dgn harga RM 250.00. Manakala  Encik Ishak dan Zakaria Awang dengan sukarela memberu khidmat percuma memecahkan dinding untuk pintu gril.Encik Din dari Sg Bogak serta seorang warga Bangladesh pula sudi mengubah suai  pintu gril itu dan menyumbangkan beberapa gril tingkap bilik wuduk ini.Terima Kasih banyak-banyak kepada semua yg sudi menyumbang.
 
8. Ada juga penyumbang yang enggan dikenali turut membantu sekolah ini.Sumbangan yg telah diberikan ialah:
     a)  Membayar kos upah baik pulih membaiki perabung air antara bangunan sekolah
     b)  Membaik pulih tandas dan longkang serta sedikit bahan binaan
     c)  Meracun sekitar sekolah dan racun percuma
     d)  Beberapa alat untuk membersihkan sekolah
 
9. Pihak sekolah juga telah menmpah 4 buah papan putih beroda dan sebuah papan puti gantung.Setakat ini RM 1,000.00 telah diperolehi dari kalangan guru dan orang awam
 
10. Sumbangan guru-guru dan pelajar untuk menghias kelas masing-masing amat dihargai.Setiap yang disumbang tetap cantik
 
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang.Samada untuk wakaf jariah atau sedekah. Mudah-mudahan untuk tahun 2012 lebih ramai lagi akan menyumbang untuk sekolah ini.
Tambahan pula pada ucapan PM,Dato` Seri Najib Tun Razak  berkaitan bajet 2012 pada nombor 45 ada menyatakan bahawa sumbangan untuk sekolah akan dikecualikan cukai. 
 
45. Institusi pendidikan rendah dan menengah yang berdaftar, termasuklah sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan, sekolah mubaligh dan sekolah agama, seringkali menerima sumbangan kewangan daripada syarikat dan orang perseorangan bagi menambah baik kemudahan di sekolah-sekolah tersebut. Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah tersebut, maka sumbangan seperti ini diberi potongan cukai. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
Keseluruhan ucapan bajet ini dapat diikuti dengan klik disini.                       http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1676&news_id=530&speech_cat=2
BERSEDEKAH MEMBAWA BARAKAH DI DUNIA DAN AKHIRAT.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan