Mungkin sepasang kerusi dan meja berharga RM 70.00 ke atas.
Bantuan daripada pihak kerajaan memang diperlukan oleh mana-mana sekolah.Tetapi untuk mendapatkan bantuan tersebut perlu mengikut giliran dan menanti dengan sabar.Maklumlah sekolah rendah agama rakyat di Perak ini pun menjangkau ratusan buah.
Dengan inisiatif pihak sekolah, pada 27hb.Feb.2011,hari Ahad.Guru-guru dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar telah membaik pulih meja-meja yang rosak untuk digunakan semula. Kemudian meja-meja itu dicat agar kelihatan cantik dan elok.
Tuan guru besar, Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh berkata,"Meja-meja lama jika dibaik pulih dan dicat semula, boleh digunakan untuk kegunaan sekolah.Meja lama amat teguh dan kuat.Tahun sudah pun beberapa kali pihak sekolah mengadakan gotong royong kecil-kecilan bagi membaik pulih meja-meja lama ini.Dan hampir keseluruhan meja-meja sekolah ini telah dicat baru.Terima Kasih banyak-banyak kepada pihak Sek.Keb. Parit Hj. Wahab yang pernah menyumbangkan banyak meja terpakai untuk sekolah beberapa tahun dahulu.Terima kasih juga kepada guru-guru dan pelajar yang sama-sama membantu."
Guru besar sedang mengecat meja. |
Ustazah Johana sedang membuat meja guru |
Pelajar-pelajar yang menyertai gotong royong ini bukan atas arahan pihak sekolah.Sebaliknya atas dasar ingin sama-sama memberi sedikit sumbangan tenaga kepada pihak sekolah.Sikap membantu dan bekerjasama ini akan membentuk mereka menjadi generasi yang prihatin kepada masyarakat kelak.Insya Allah.
MENJAGA AMANAH ADALAH WAJIB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan