Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 6 Februari 2011

Program Ziarah Berbasikal

Pada 6.2.2011. Satu program ziarah berbasikal telah diadakan oleh kelab basikal SRAR Al Tahzib,Titi Serong.Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pelajar dengan masyarakat sekitar.Disamping itu melakukan praktikal ziarah yang sememangnya terkandung dalam sukatan pelajaran KAFA dalam mata pelajaran Adab dan Akhlak Islamiyah.
Program tersebut dikelola oleh guru besar, Ustaz Ahmad Sofi B. Salleh dan Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz yang merupakan guru pembimbing kelab basikal sekolah tersebut.Seramai lebih daripada 30 orang pelajar menyertai program ini.Dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.Program tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Adik Emil Zafran selaku ketua Kelab Basikal membacakan adab dan
peraturan semasa berziarah dan berbasikal
Berdoa sebelum berbasikal

Pelajar berbasikal beramai-ramai berziarah ke rumah Ustaz Othman, iaitu bekas mudir Sek.Men.Agama Al  Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar,Perak.Beliau juga merupakan bekas Naib Kadhi kawasan Titi Serong.

Keriangan berbasikal
Keadaannya yang uzur dan tak mampu berkata-kata mengharukan pelajar-pelajar tersebut.Sebahagian daripada pelajar menitiskan airmata semasa berdoa dan mendengar ucapan Ustaz Ahmad Sofi Salleh.


Selepas itu, rombongan pelajar tersebut telah menziarahi tanah perkuburan Masjid Tebok Hj.Musa.Setelah bertahlil dan membaca doa arwah, mereka meneruskan perjalanan ke rumah Ustaz Saidin yang juga merupakan bekas guru Sek.Men.Agama Al Tahzib,Titi Serong.

Ustaz Saidin dan keluarga beliau telah menyambut pelajar-pelajar tersebut dengan perasaan gembira.Beliau turut menasihat pelajar-pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh terutama berkaitan solat dan sentiasa mentaati ibu bapa dan guru.

Dijamu makan bihun goreng
Selepas itu pelajar-pelajar tersebut meneruskan ziarah ke rumah Ketua Kampung Titi Serong, Encik Sulaiman B. Abdullah.
Di dalam kata aluannya, ketua kampung berasa amat bersyukur dan mengatakan inilah pertama kali program ziarah seperti ini pernah dilakukan di kampung ini.Beliau turut menceritakan sedikit sebanyak sejarah kampung Tebuk Hj. Musa dan Titi Serong.

Ketua Kampung Titi Serong,Encik Sulaiman B. Abdullah
Cabutan nama bertuah dan kuiz spontan turut diadakan selepas ucapan ketua kampung.
Salah seorang pelajar yang bertuah menerima cenderahati
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak  yang telah  memberi sumbangan.Iaitu Encik Nur Junaidi dan isteri diatas sumbangan minuman.Puan Azalina di atas sumbangan makanan sarapan pagi untuk pelajar-pelajar.Begitu juga kepada Encik Badrul Hisham, bapa kepada pelajar yang terlibat.Yang sama-sama turut serta dan mengawal pelajar-pelajar tersebut.
Pihak sekolah juga amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Othman dan isteri,Ustaz Saidin sekeluarga dan ketua kampung sekeluarga di atas sokongan,sumbangan dan bantuan bagi menjayakan program ini.

klik dibawah untuk melihat gambar-gambar semasa program ini
http://www.facebook.com/album.php?fbid=144153935644851&id=100001507358668&aid=27491

Tiada ulasan:

Catat Ulasan