YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah, wakil rakyat DUN Titi Serong telah memberi sumbangan sebanyak 3 buah kerusi batu kepada SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar, Perak.
Sumbangan tersebut amat dihargai oleh pihak sekolah.Guru Besar sekolah,Tuan Hj.Ahmad Sofi B. Hj. Salleh mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah kerana sekolah ini terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.Mudah-mudahan sumbangan ini memberi manafaat kepada seluruh warga sekolah.
Sebelum ini YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah, telah menyumbangkan kerusi-kerusi batu kepada surau-surau dan masjid-masjid kawasan Titi Serong,Parit Buntar.
Beberapa orang lelaki sedang menurunkan kerusi baru sumbang YB Drs Khalil Idham Lim |
Kerusi batu yang disumbangkan oleh YB Drs Khalil Idham |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan