Jumlah Paparan Halaman

Sabtu, 17 Disember 2011

Buku Teks Baru 2012

Pada tahun 2012, buku teks baru akan digunakan.Ini berikutan pengemaskinian pihak berkenaan bagi meningkatkan kualiti pelajaran KAFA bagi seluruh Malaysia.Muka surat ditambah dan harga yang ditawarkan juga amat berpatutan


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 1  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.70

SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 2  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
4.30
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.00


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 3  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.50
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
33.20


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 4  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.10
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.70


SENARAI HARGA BUKU TEKS TAHUN 5  (2012)
BIL
NAMA BUKU
HARGA
1
AL QURAN
5.00
2
ADAB
5.00
3
IBADAH
4.30
4
SIRAH
5.00
5
AQIDAH
5.00
6
JAWI KHAT
4.50
7
LUGHATUL QURAN
4.10

JUMLAH
32.90


Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada pihak sekolah.

SENARAI PEMBAYARAN UNTUK SETIAP PELAJAR BAGI TAHUN 2012

  1. PENDAFTARAN                                           RM    5.00
  2. YURAN                                                          RM  50.00      sebulan RM 5. 00
  3. BUKU TULIS                                                 RM    7.00
  4. PEPERIKSAAN DALAMAN/UPKK                RM  10.00
  5.  KAD KEMAJUAN                                          RM   3.50
  6. DERMA WAKAF                                                                  seikhlasnya
  7. JUMLAH                                                         RM 75.50

Pendaftaran Pelajar Untuk Tahun 2012

PENDAFTARAN PELAJAR DI BUKA SEKARANG UNTUK PELAJAR 2012

1.     Dimaklumkan bahawa pendaftaran dan pembayaran untuk setiap pelajar telah dibuka sejak 15 Disember 2012.Begitu juga pembayaran buku teks terbitan baru yang akan digunakan bermula tahun 2012.Pendaftaran ini meliputi pelajar tahun 1 hingga 6.


2.     Pihak Jabatan Agama Islam Parit Buntar telah mengarahkan proses pendaftaran dan pembayaran untuk sekolah tidak boleh mengganggu  waktu persekolahan


3.     Pembayaran tersebut boleh dilakukan di pejabat sekolah pada hari bekerja (Isnin – Jumaat). Jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.Tuan/puan boleh juga menghubungi no.h/p di bawah bagi proses pendaftaran dan pembayaran.

Tahun Satu          Ustazah Johana Bt. Ariffin                          012 - 5582517
Tahun Dua           Ustazah Faizah Bt. Mohamad                    016 - 4598072
Tahun Tiga          Ustazah Salawani Bt. Mohd                       012 - 5866829

Tahun Empat       Ustazah Zainab Bt. Idris                             019 - 4714933

Tahun Lima          Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz                   017 - 5062757
Tahun Enam        Ustaz Ahmad Sofi B. Salleh                        013 - 4507433

4.    Tarikh tutup pendaftaran 31 JANUARI 2012. 
PENGAMBILAN PELAJAR ADALAH TERHAD.

5.     Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Terima Kasih

1 MALAYSIA 1 UMMAH

Rumah Cantik Hati Gembira,Rumah Bersih Jiwa Bahagia

Pada 23 Nov 2011 satu lagi program Ziarah Berbasikal 3 telah dianjurkan oleh Kelab Berbasikal sekolah.Kali ini program ziarah membawa tema Ziarah Rumah Bersih dan Cantik.Tujuan menziarahi rumah-rumah yang cantik dan bersih adalah bagi menggalakkan pelajar membersihkan dan mencantikkan rumah masing-masing.Disamping itu dapat juga mengambil contoh rumah-rumah yang diziarahi untuk dipraktikkan cara menjaga dan mencantikkan rumah sendiri dan sekolah.

Rumah yg pertama kami ziarahi ialah rumah Saayah bt. Mat.Rumah 2 tingkat yang sederhana.Apa yg menarik rumah ini amat bersih dan kemas.Beliau amat menjaga kebersihan dalam dan luar rumahnya.Susun atur perabut dan hiasan dalaman rumah ini amat sederhana dan menarik.
Rumah Puan Saayah Bt. Mat
Ruang dalam rumah ini amat menarik

Ruang tamu
Ruang makan

Wet Kitchen(Dapur basah)

Guru-guru dan pelajar mengambil kesempatan bergambar dgn tuan rumah, Puan Saayah Bt. Mat (3 dari kanan)
Selepas itu rombongan berbasikal meneruskan ziarah ke rumah Encik Jamaluddin B. Said.Beliau adalah AJK JKKK Kampung Titi Serong.

Pelajar-pelajar ketika sampai di rumah Encik Jamaluddin B. Said
Setelah berkumpul di rumah ini,guru besar telah memberi taklimat berkaitan kebersihan dan kecantikan rumah.Dengan adanya Tv LCD yg besar, penerangan itu menjadi lebih menarik.Ketua Kampung Titi Serong,Encik Sulaiman Abdullah turut memberi ucapan sebagai tanda menghargai usaha murni ini.Dan Tuan rumah, Encik Jamaluddin B. Said mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi memilih rumahnya untuk diziarahi.



Ketua KampungTiti Serong memberi ucapan kepada pelajar

Rumah Encik Jamaluddin B. Said  memang cantik dan menarik.Seolah semua ruang di dalam rumahnya macam pentas atau pelamin pula


Ruang solat rumah Encik Jamaluddin B. Said

Tempat mengambil wuduk yg menarik
 Selepas program tersebut para pelajar menjamu selera bersama-sama masyarakat Titi Serong


Majlis tahlil arwah
Tetamu yang hadir menjamu selera




Menurut Encik Jamaluddin mengecat dan menghias rumah ini diusahakan sendiri oleh mereka suami isteri.Kreativiti dan penggunaan bahan yang murah akan menghasilkan suasana yg kita kehendaki.Perlu meluangkan sedikit masa bagi membersih dan mencantikkan rumah.Menurutnya lagi, jika mahu rumah cantik dan bersih kenalah rajin dan tidak berat tulang.Beliau sendiri bekerjasama dengan isterinya dalam kerja menghias rumah ini.Manakala menurut isterinya,Puan Puan Siti Robikah Bt. Hj.AbuNgamar pula, "Kerja bukanlah alasan untuk kita malas membersihkan dan berhias rumah.SSebaliknya usaha yg sedikit demi sedikit akan menghasilkan suasana yg baik untuk rumah kita"

Pihak Kelab Basikal SRAR Al Tahzib mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Saayah Bt. Mat dan pasangan Encik Jamaluddin serta isteri kerana menunjukkan cara dan contoh membersihkan rumah.Mudah-mudahan sekolah juga akan bersih dan cantik juga

Untuk melihat gambar-gambar semasa aktiviti ini bolehlah klik di sini.

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.245983102128600.60079.100001507358668&type=3

Sabtu, 24 September 2011

Sambutan Kemerdekaan Malaysia Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak.

TITI SERONG.16HB.SEPT.2011. Bertempat di Balairaya Titi Serong,diadakan satu majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Mukim Parit Buntar,Perak. Program ini diadakan serentak dengan di setiap mukim seluruh Malaysia.Serentak juga di peringkat negeri dan negara.
Disamping itu JKKK Titi Serong turut serta membuat Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di dalam majlis tersebut.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong dan SRAR Al Tahzib, Titi Serong turut sama memeriahkan majlis ini.Majlis dimulakan dengan perarakan oleh pelajar-pelajar tersebut dari sekolah masing-masing.

Pelajar SRAR Al Tahzib sedang berarak
Sesampai di balairaya Titi Serong,hadirin memulakan dengan nyanyian  Negaraku.Di ikuti dengan lagu 1 Malaysia dan Jalur Gemilang.Video nyanyian mereka dibawah.



Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar bersama-sama Ketua-ketua kampung Mukim Parit Buntar.
Di tengah  Tuan Ketua Balai Polis Simpang Lima.
Kemudian Tuan Penghulu Mukim Parit Buntar, Tuan Hj. Ahmad Syah B. Hamid menyampaikan ucapan aluan dan Perutusan Kemerdekaan Menteri Besar Perak,Dato` Seri Zambry Abdul Kadir.
Pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong memulakan persembahan yang mencuit hati hadirin.Diikuti dengan deklamasi sajak oleh anak warga Titi Serong.Seterusnya persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.

Persembahan pelajar-pelajar Tadika KEMAS Titi Serong.
Persembahan pelajar SRAR KAFA Al Tahzib.
Seterusnya seorang warga emas telah dipilih menjadi menjadi Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar.Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman, 88 tahun berasal dari Titi Serong.Pernah belajar di SM Al Tahzib dan sekolah agama di Benut,Johor.Pernah bertugas sebagai Home Guard dan bertugas diSelama,Perak semasa zaman komunis.Beliau merupakan pejuang UMNO dan terlibat dengan penubuhan UMNO di Titi Serong.
Beliau berharap majlis sebegini dapat diadakan lagi di tahun akan datang.Beliau juga mengucapkan Selamat Merdeka.


Tuan Hj. Ramli B. Sulaiman.
Tokoh Kemerdekaan Mukim Parit Buntar,Perak 2011
Gambar-gambar semasa majlis tersebut dapat dilayari di facebook kami.klik http://www.facebook.com/media/set/?set=a.214802965246614.52664.100001507358668

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA.

Selasa, 23 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Ucapan Hari Ulamgtahun Kemerdekaan ke54 Malaysia



Warga SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H/2011M.Kepada seluruh muslimin dan muslimat.Maaf zahir dan batin.Semoga Malaysia sejahtera dan aman selalu.Di bawah lindungan rahmat Allah SWT.

Sabtu, 23 Julai 2011

Program Gotong Royong Pedana KEMAS Negeri Perak

1 Malaysia bergotong royong
TITI SERONG.23hb.Julai2011.- Hari ini seluruh tadika-tadika KEMAS telah menjalankan Program Gotong Royong Perdana KEMAS  Negeri Perak.Tadika KEMAS Titi Serong turut mengadakan program tersebut pada pagi ini.Program itu telah disertai oleh AJK Tadika KEMAS, ibubapa pelajar tadika dan warga  SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Tadika KEMAS Titi Serong berjiran  dengan SRAR Al Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar, Perak.

Puan Fazilah Osman
Menurut guru tadika ini,Puan Fazilah Bt,Osman,44, program tersebut bukan setakat gotong royong sahaja tetapi untuk menghidupkan  nilai  5S, iaitu Susun,Sisih,Sapu,Seragam dan Sentiasa Amalkan di tadika ini.Tepat pukul 11.11 pagi sepohon bunga raya telah tanam.Penanaman pokok bunga raya ini juga telah dijalankan serentak di tadika-tadika KEMAS yang lain.
Beliau juga bersyukur kerana program ini telah berjaya menjalin kerjasama yang baik pihak tadika dengan ibubapa pelajar tadika dan warga SRAR(Kafa)  Al Tahzib,Titi Serong serta masyarakat sekitar.Kerjasama ini diharap dapat membantu mewujudkan suasana tadika yang mesra dan ceria.
Konsep menghijaukan sekitar tadika ini juga dapat mengindahkan lagi sekitar tadika ini.

Seorang lagi guru tadika tersebut Cik Fazilah Bt. Osman,25, turut gembira dengan kerjasama yang telah di berikan oleh semua pihak.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Tuan Pengerusi AJK Tadika Kemas Titi Serong, Encik Sulaiman B. Abdullah,AJK Tadika Kemas, ibubapa pelajar tadika,Guru Besar SRAR Al TahzibTuan Haji Ahmad Sofi B. Salleh,guru-guru  dan pelajar-pelajar  SRAR Al Tahzib,Titi Serong Parit Buntar Perak.

Tuan Penegrusi AJK Tadika,Encik Sulaiman Abdullah menanam pokok bunga raya.
Diperhatikan oleh pelajar Tadika Kemas dan pelajar SRAR Al Tahzib.