Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 9 Mei 2011

Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2011 dan Semakan Data UPKK 2011

BAGAN SERAI,9hb.Mei,2011(5 Jamadil Akhir 1432)-Bertempat di pejabat Agama Islam Cawangan Bagan Serai, satu Majlis Taklimat Pencapaian UPKK 2010 dan Semakan Data UPKK 2011 telah diadakan.Guru besar dan guru tahun lima meliputi 3 daerah iaitu Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar  terlibat dengan majlis ini.
Majlis tersebut telah di mulai dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Ustaz Tarmizi B. Shaari,Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai.

Selanjutnya Ustaz Hj Mohd. Nasar B. Kurdi,Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pendidikan) Jabatan Agama Islam Perak telah menyampaikan sedikit ucapan.Antara ucapannya, beliau menyatakan lebih daripada 98 ribu pelajar sekolah KAFA, 14 ribu lebih akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ini.Beliau juga mengingatkan guru-guru KAFA agar membentuk kemahiran yang baik  dan menggunakan kaedah yang sesuai semasa mengajar.Beliau juga menyatakan  peperiksaaan SERAI(Sijil Rendah Agama) untuk tahun 6 akan diadakan pada tahun ini.
Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor, Penolong Pengarah  Jabatan Agama Islam Bahagian Pendidikan  telah memberi analisis berkaitan pencapaian UPKK 2010 untuk daerah Bagan Serai, Selama dan Parit Buntar.
3 buah sekolah telah dianugerahkan cenderamata di atas kecemerlangan UPKK 2010.Daerah Bagan Serai,SRAR Azharul Jannah,Simpang Empat Semanggol telah dipilih.Daerah Parit Buntar pula,SRAR Al Falah Parit Tok Ngah dan daerah Selama, SRAR Sya`ibiah,Pantai Besar.Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor.

Guru Besar  SRAR Azharul Jannah, Simpang Empat,
Semanggol menerima anugerah
Guru Besar SRAR Al Falah menerima anugerah
Guru Besar SRAR As Sya`ibiah, Pantai Besar menerima anugerah



 
Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi

Salah seorang guru besar yang menerima anugerah tersebut, Ustaz Khairul Azhan B. Hj.Suhaimi,SRAR Al Falah,Parit Tok Ngah telah menyatakan bahawa anugerah ini akan memberi semangat kepada guru-guru untuk mendidik pelajar dengan lebih bersungguh-sungguh.
Beliau juga berharap sekolahnya akan mengekalkan kecemerlangan untuk masa-masa akan datang.







Ketika ditemubual oleh penulis,Ustaz Zulkhairi B. Mohd Nor menaruh harapan agar setiap pelajar KAFA akan mendapat ilmu dan kemahiran yang telah dibentuk di dalam sekolah KAFA.Mudah-mudahan pelajar-pelajar KAFA akan lebih cemerlang di dalam peperiksaan UPKK akan datang.Kepada guru-guru KAFA, beliau mengingatkan agar berusaha dan bekerja dengan lebih gigih, sepadan dengan apa yang mereka perolehi.


Diakhir majlis satu taklimat dan perbincangan telah diberikan oleh pegawai Baitul Mal Bagan Serai

Jumaat, 6 Mei 2011

Pertandingan Mewarna Untuk Tahun Satu

TITI SERONG.6hb.Mei,2011(2 Jamadil Akhir 1432) - Satu pertandingan mewarna untuk pelajar tahun satu SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak.Pelajar-pelajar tersebut mewarna perkataan tema Maa`l Hijrah tahun ini.Seramai 40 orang pelajar tahun satu terlibat dengan pertandingan ini.
Pemenang pertama kelas satu Saidina Abu Bakar ialah adik Muhd Alif Safri Ikwan.Manakala pemenang pertama kelas Saidina Umar ialah adik Nurul Farzana Usman.Kesemua pemenang pertama hingga kelima mendapat hadiah sumbangan peribadi daripada guru kelas masing-masing.

Hasil goresan warna adik Muhd Alif Safri Ikhwan

Hasil goresan warna adik Nurul Farzana Usman
Ustazah Salawani Mohd


Menurut guru kelas satu Saidina Umar,Ustazah Salawani Bt.Mohd,"Pertandingan mewarna ini adalah untuk membina ketelitian dan kecermatan di atas apa-apa kerja yang diberikan oleh guru-guru.Disamping itu dapat menarik minat pelajar-pelajar terhadap tulisan jawi dan semangat cintakan negara."





Pelajar-pelajar yang memenangi pertandingan menunjukkan
hasil kerja masing-masing

Rabu, 27 April 2011

Majlis Bacaan Yasin 1


TITI SERONG.22hb.April,2011(18 Jamadil Awal 1432). - Bertempat di surau SRAR Al Tahzib, Titi Serong, Parit Buntar, Perak.Satu Majlis Bacaan Yassin telah diadakan.Majlis tersebut diadakan bersama-sama pelajar sessi petang.Iaitu pelajar tahun 4 dan 5.

Tujuan membaca yassin tersebut adalah untuk mengharapkan kebaikan dan kesejahteraan untuk semua pelajar,guru-guru dan sekolah.Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk dan kejayaan yang cemerlang kepada semua pelajar-pelajar SRAR Al Tahzib.

Seorang pelajar tahun 5, Adik Mohd Akmal Rusydi berasa bersyukur dapat mennyertai majlis tersebut.Beliau mengharapkan agar dapat diadakan majlis sebegini dan disertai bersama ibubapa pula.

Insya Allah pihak sekolah akan mengadakan majlis sebegini dan jika sesuai, pihak ibu bapa juga akan diminta mendoakan anak masing-masing secara berdepan.

"Berdoalah untuk anak-anak dan kesejahteraan untuk tempat belajar mereka."

DOA ADALAH SENJATA MUKMIN

Isnin, 28 Mac 2011

Sajak dideklamasikan oleh adik Mohd Sayuti B. Abdul Kahar

Pada Majlis Penyampaian Sijil UPKK 2010 pada hari Isnin,28hb.Mac.2011 baru-baru ini adik Mohd Sayuti B. Abdul Kahar telah berpeluang mendeklamasikan sebuah sajak.Tajuk sajaknya ialah "Kasihku"


                                                                   KASIHKU

                                                Kasihku... 
                                                Hanya kepada tuhan
                                               Yang menjadikan seisi alam
                                               Syukur di atas kurnianya..

                                               Kasihku..
                                              Juga untuk ibu dan bapa
                                              Yang menjaga dan memeliharaku
                                              Tak ternilai jasa mereka
                                              Kan ku kenang sentiasa

                                               Kasihku..
                                               Tertumpah juga kepada guru
                                               Membimbing dan mengajar
                                               Al quran dan solat
                                               Terima kasih segalanya
                                              Ustaz dan ustazah...

                                              Kekasihku...
                                              Nabi Muhammad SAW
                                              Insan yang mulia
                                              Anugerah tuhan untuk kita

                                             Salawat dan salam
                                            Untuk nabi tercinta
                                            Untuk ibu,bapa dan guru
                                            Terima kasih ikhlas dariku

                                           Untukmu 
                                           Ya Tuhan...
                                           Alhamdulillah
                                           Hamba yang dhaif dan hina

                                            Ciptaan Mr.Pengelola

Majlis Penyampaian Sijil UPKK 2010

TITI SERONG.28hb.Mac.2011(23Rabiul Awal 1432),Isnin - Satu majlis ringkas menyampaikan sijil UPKK tahun 2010 telah diadakan.Ibu bapa pelajar yang mendapat keputusan cemerlang diberi peluang untuk menyampaikan sijil-sijil tersebut kepada anak masing-masing.Manakala pelajar-pelajar lain menerima sijil-sijil tersebut dari Tuan Pengerusi Jemaah Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah, Tuan Haji Abdul Sani B. Mat Desa dan Timbalan Pengerusi Jemaah Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah, Encik Sulaiman B. Abdullah.



Tuan Haji Abdul Sani menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar
Encik Sulaiman B. Abdullah menyampaikan sijil UPKK
Ibu salah seorang pelajar yang mendapat 8A,Nurul Amirah Izzati Bt.Zul
menerima sijil daripada ibunya sendiri.

Pelajar-pelajar yang menghadiri majlis tersebut.


Menurut salah seorang pelajar yang mendapat 8A peperiksaan UPKK 2010, Nurul Amirah Bt. Fauzi.Beliau berasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan tersebut.Dan akan lebih berusaha bersungguh-sungguh dengan apa-apa peperiksaan yang akan dihadapi kelak.


Adik Nurul Amirah Bt. Fauzi
Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dan tetap mendoakan agar semua pelajar-pelajar tersebut akan mengamalkan semua ilmu yang telah dipelajari.

Mudah-mudahan mereka kelak akan menjadi hamba Allah yang taat dan berjaya di dunia dan akhirat.Amin....

Terima Kasih kepada semua guru yang terlibat.Juga kepada semua ibu bapa pelajar yang menyediakan makanan yang dapat dijamu bersama.

Untuk Puan Sulehah juga ribuan terima kasih banyak-banyak kerana membantu pihak sekolah.

Jumaat, 11 Mac 2011

Adik Muhammad Nur Aiman B. Zolkepli baru keluar hospital

11hbMac.2011(Jumaat) Taman Desa Aman - Semalam Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz,guru SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar,Perak telah berkunjung ke rumah adik Muhammad Nur Aiman B. Zolkepli, 9 tahun, pelajar kelas 3 Saidina Abu Bakar di SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar, Perak.
Adik Muhammad Nur Aiman baru sahaja menjalani pembedahan laser bagi membuang ketumbuhan di dalam perut beliau.Setelah mendiami beberapa hari di hospital Taiping, kini beliau sudah pulang ke rumahnya.

Adik Muhammad Nur Aiman B. Zolkepli bersama Ustazah Rohani Bt Abdul Aziz
Menurut bapanya, Encik Zolkepli B. Osman, dia pun tidak menyangka anaknya, adik Muhammad Nur Aiman mengidap penyakit ketumbuhan di dalam perut.Hanya  menyedarinya setelah mendapat tahu daripada isterinya yang adik Muhammad Nur Aiman berak darah.

Semoga adik Muhammad Nur Aiman akan sembuh daripada penyakitnya dan dapat belajar seperti biasa.

Bengkel Amali Solat 2011(Bahagian 1)

11hb.Mac.2011(Jumaat) - Pelajaran Amali Solat adalah salah satu mata pelajaran wajib yang diajarkan di semua sekolah KAFA setiap hari pembelajaran. Di penghujung hari persekolahan penggal pertama, satu program Bengkel Amali Solat telah diadakan di sekolah ini.Semua guru-guru telah terlibat dan membantu di dalam program ini.
Ustazah Rohani Abdul Aziz membetulkan cara rukuk pelajar lelaki
Ustazah Norhasanah Bt.Md Senusi,guru kelas 5 Saidina Abu Bakar  mengatakan bahawa adalah menjadi tanggung jawap setiap guru memastikan solat pelajar-pelajarnya dilakukan dengan betul.Untuk peperiksaan UPKK pun mata pelajaran amali solat akan disoal secara lisan.Begitu juga dengan  praktikalnya.


Atas rasa tanggung jawap, beliau turut membantu semasa program ini yang diadakan untuk sessi pagi dan petang.Walaupun beliau mengajar pada sessi petang sahaja.Sessi pagi disertai pelajar tahun 1 hingga 3.Sessi petang tahun 4 dan 5.

Di samping itu, pelajar-pelajar amat gembira kerana dapat mengambil bahagian untuk membantu sesama sendiri membetulkan cara pergerakan dalam solat.
Seorang pelajar lelaki membetulkan tangan rakan mereka semasa takbiratul ihram.
Manakala rakannya menunjukkan kedudukan tapak tangan ketika takbiratul ihram

Setelah selesai program tersebut,pelajar-pelajar berdoa dengan harapan mudah-mudahan dapat melakukan perbuatan solat dengan betul dan menjadi hamba Allah yang istiqamah dalam amalan solat.

Syukur Alhamdulillah
"Ya Allah, terimalah solat kami dan jadikanlah kami kalangan hambamu yang bertaubat.Ampuni dosa kami,ibu bapa kami, guru-guru kami dan sekelian muslimin dan muslimat.Hanya kepadamu,Ya Allah kami memohon dan berharap.Amin...amin... ya rabbal `alamin."

SOLATLAH KAMU SEBELUM MAUT MENJELMA
BELAJARLAR SOLAT DENGAN SEMPURNA 
TANDA KASIH SAYANG DAN KEIMANAN 
KITA KEPADA ALLAH SWT