Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 27 Februari 2011

Mari membaik pulih dan mengecat meja.

TITI SERONG.22HB.Feb.2011(19Rabiul Awwal 1432) - Meja dan kerusi ada keperluan utama di dalam sesebuah sekolah.Tanpanya sekolah tersebut akan kelihatan jangkal dan tidak memberi keselesaan untuk belajar.Meja dan kerusi yang elok tentu mahal harganya.
Mungkin sepasang kerusi dan meja berharga  RM 70.00 ke atas.
Bantuan daripada pihak kerajaan memang diperlukan oleh mana-mana sekolah.Tetapi untuk mendapatkan bantuan tersebut perlu mengikut giliran dan menanti dengan sabar.Maklumlah sekolah  rendah agama rakyat di Perak ini pun menjangkau ratusan buah.
Dengan inisiatif pihak sekolah, pada 27hb.Feb.2011,hari Ahad.Guru-guru dengan dibantu oleh beberapa orang pelajar telah membaik pulih meja-meja yang rosak untuk digunakan semula. Kemudian meja-meja itu dicat agar kelihatan cantik dan elok.
Tuan guru besar, Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh berkata,"Meja-meja lama jika dibaik pulih dan dicat semula, boleh digunakan untuk kegunaan sekolah.Meja lama amat teguh dan kuat.Tahun sudah pun beberapa kali pihak sekolah mengadakan gotong royong kecil-kecilan bagi membaik pulih meja-meja lama ini.Dan hampir keseluruhan meja-meja sekolah ini telah dicat baru.Terima Kasih banyak-banyak kepada pihak Sek.Keb. Parit Hj. Wahab yang pernah menyumbangkan banyak meja terpakai untuk sekolah  beberapa tahun dahulu.Terima kasih juga kepada guru-guru dan pelajar yang sama-sama membantu."
Guru besar sedang mengecat meja.
Ustazah Johana sedang membuat meja guru

Pelajar-pelajar yang menyertai gotong royong ini bukan atas arahan pihak sekolah.Sebaliknya atas dasar ingin sama-sama memberi sedikit sumbangan tenaga kepada pihak sekolah.Sikap membantu dan bekerjasama ini akan membentuk mereka menjadi generasi yang prihatin kepada masyarakat kelak.Insya Allah.



Pelajar-pelajar lelaki gembira dapat mengecat bersama guru

BERWAKAF DAN BERSEDEKAH ADALAH SUNAT
MENJAGA AMANAH ADALAH WAJIB.

Khamis, 17 Februari 2011

Sambutan Maulud Nabi Muhamad SAW

18.2.2011. (15 Rabiulawal 1432H )
Buat pertama kalinya majlis menyambut Maulidur Rasul diadakan disekolah ini.Majlis tersebut telah diadakan pada 17.2.2011(hari khamis) untuk sessi petang dan 18.2.2011(hari Jumaat) untuk sessi pagi.
Majlis tersebut diserikan dengan ceramah ringkas yang disampaikan sendiri oleh guru besar SRAR Al Tahzib, Titi Serong,Parit Buntar, Perak iaitu Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Hj. Salleh.
Guru Besar menyampaikan ceramah ringkas


Pelajar-pelajar memberi tumpuan semasa mendengar ceramah
Setelah bersalawat bersama-sama pelajar-pelajar, setiap guru mengambil kesempatan untuk membacakan salawat nabi lalu ditiupkan ke ubun-ubun setiap pelajar.
Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh berkata,"Mudah-mudahan dengan bacaan salawat yang ditiupkan kepada pelajar itu akan memberi keberkatan yang berterusan kepada mereka.Samada kepada pelajar atau pun guru itu sendiri." 
Ustazah Fauziah Bt.Ishak membacakan salawat 
Guru-guru meniup ubun-ubun pelajar dengan salawat


Ada juga di kalangan guru merasa sebak ketika melakukan perkara tersebut.Para pelajar sendiri amat gembira di atas apa yang telah  dilakukan oleh guru-guru terhadap mereka.



Nur Nisa Irdina Bt. Nur Junaidi mengharapkan
dapat dibacakan salawat selalu oleh guru-guru

Nur Ainun Syafiqah Bt. Samsuddin
gembira dibacakan salawat oleh guru.

















Pelajar sessi pagi pula telah membawa makanan untuk dimakan bersama-sama di majlis tersebut.



Pelajar tahun 1 menjamu selera dengan berselera
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-ibu pelajar yang bersusah payah menyediakan makanan itu.


Di antara  makanan yang disediakan oleh ibubapa pelajar
Mudah-mudahan salawat dan salam menjadi amalan kita yang berpanjangan hingga akhir hayat.
SELAMAT MENYAMBUT MAULUD NABI MUHAMMAD SAW.

Rabu, 16 Februari 2011

Sumbangan Kerusi Batu Oleh Yang Berhormat Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah

16.2.2011.(13 Rabiulawal 1432H )
YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah, wakil rakyat DUN Titi Serong telah memberi sumbangan sebanyak 3 buah kerusi batu kepada SRAR Al Tahzib,Titi Serong,Parit Buntar, Perak.
Sumbangan tersebut amat dihargai oleh pihak sekolah.Guru Besar sekolah,Tuan Hj.Ahmad Sofi B. Hj. Salleh  mengucapkan ribuan  terima kasih kepada YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah kerana  sekolah ini terpilih untuk menerima sumbangan tersebut.Mudah-mudahan sumbangan ini memberi manafaat kepada seluruh warga sekolah.
Sebelum ini YB Drs Khalil Idham Lim B. Abdullah, telah menyumbangkan kerusi-kerusi batu kepada surau-surau dan masjid-masjid kawasan Titi Serong,Parit Buntar.


Beberapa orang lelaki sedang menurunkan kerusi baru sumbang
 YB Drs Khalil Idham Lim











Kerusi batu yang disumbangkan oleh YB Drs Khalil Idham

Ahad, 6 Februari 2011

Program Ziarah Berbasikal

Pada 6.2.2011. Satu program ziarah berbasikal telah diadakan oleh kelab basikal SRAR Al Tahzib,Titi Serong.Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan pelajar dengan masyarakat sekitar.Disamping itu melakukan praktikal ziarah yang sememangnya terkandung dalam sukatan pelajaran KAFA dalam mata pelajaran Adab dan Akhlak Islamiyah.
Program tersebut dikelola oleh guru besar, Ustaz Ahmad Sofi B. Salleh dan Ustazah Rohani Bt. Abdul Aziz yang merupakan guru pembimbing kelab basikal sekolah tersebut.Seramai lebih daripada 30 orang pelajar menyertai program ini.Dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.Program tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari.

Adik Emil Zafran selaku ketua Kelab Basikal membacakan adab dan
peraturan semasa berziarah dan berbasikal
Berdoa sebelum berbasikal

Pelajar berbasikal beramai-ramai berziarah ke rumah Ustaz Othman, iaitu bekas mudir Sek.Men.Agama Al  Tahzib,Titi Serong, Parit Buntar,Perak.Beliau juga merupakan bekas Naib Kadhi kawasan Titi Serong.

Keriangan berbasikal
Keadaannya yang uzur dan tak mampu berkata-kata mengharukan pelajar-pelajar tersebut.Sebahagian daripada pelajar menitiskan airmata semasa berdoa dan mendengar ucapan Ustaz Ahmad Sofi Salleh.


Selepas itu, rombongan pelajar tersebut telah menziarahi tanah perkuburan Masjid Tebok Hj.Musa.Setelah bertahlil dan membaca doa arwah, mereka meneruskan perjalanan ke rumah Ustaz Saidin yang juga merupakan bekas guru Sek.Men.Agama Al Tahzib,Titi Serong.

Ustaz Saidin dan keluarga beliau telah menyambut pelajar-pelajar tersebut dengan perasaan gembira.Beliau turut menasihat pelajar-pelajar tersebut agar belajar bersungguh-sungguh terutama berkaitan solat dan sentiasa mentaati ibu bapa dan guru.

Dijamu makan bihun goreng
Selepas itu pelajar-pelajar tersebut meneruskan ziarah ke rumah Ketua Kampung Titi Serong, Encik Sulaiman B. Abdullah.
Di dalam kata aluannya, ketua kampung berasa amat bersyukur dan mengatakan inilah pertama kali program ziarah seperti ini pernah dilakukan di kampung ini.Beliau turut menceritakan sedikit sebanyak sejarah kampung Tebuk Hj. Musa dan Titi Serong.

Ketua Kampung Titi Serong,Encik Sulaiman B. Abdullah
Cabutan nama bertuah dan kuiz spontan turut diadakan selepas ucapan ketua kampung.
Salah seorang pelajar yang bertuah menerima cenderahati
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak  yang telah  memberi sumbangan.Iaitu Encik Nur Junaidi dan isteri diatas sumbangan minuman.Puan Azalina di atas sumbangan makanan sarapan pagi untuk pelajar-pelajar.Begitu juga kepada Encik Badrul Hisham, bapa kepada pelajar yang terlibat.Yang sama-sama turut serta dan mengawal pelajar-pelajar tersebut.
Pihak sekolah juga amat menghargai dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Othman dan isteri,Ustaz Saidin sekeluarga dan ketua kampung sekeluarga di atas sokongan,sumbangan dan bantuan bagi menjayakan program ini.

klik dibawah untuk melihat gambar-gambar semasa program ini
http://www.facebook.com/album.php?fbid=144153935644851&id=100001507358668&aid=27491

Selasa, 25 Januari 2011

Gambar-gambar sekitar sekolah

Gambar ini di ambil pada 22.1.2011.Hari Sabtu.

Gambar di ambil dari jalanraya

Pemandangan di dataran kejat sekolah

Gambar dataran kejat sekolah diambil dari bangunan sekolah
Kawasan dataran kejat berbatu kelikir.Sekiranya diturap dengan tar pasti memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar.


2 gambar di sebelah kanan bangunan baru






5 keping foto dari sebelah kiri sekolah

Pada asalnya, kawasan ini berpagar.Pagar kawasan ini asalnya pagar zink.Tetapi setelah kawasan bangunan terbiar seketika (asalnya bangunan di sini bekas asrama Sekolah Menengah Agama Rakyat Al Tahzib),pagar sekolah ini telah dicuri orang.Mungkin mereka menyangka bangunan sekolah ini takkan digunakan lagi.

Mudah-mudahan permohonan pihak sekolah untuk mendapat pagar dan tar bagi dataran kejat mendapat maklum balas yang baik daripada pihak yang berkenaan.  

Isnin, 17 Januari 2011

Majlis Penyampaian Cek Bantuan Perkapita Kementerian Pelajaran Malaysia Kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi KAFA dan Pengumuman Keputusan UPKK 2010

IPOH,17.1.2010(12 Safar 1432) - Bertempat di kediaman Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.Berlangsungnya Majlis Penyampaian Cek Bantuan Perkapita Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Integrasi KAFA negeri Perak.Cek tersebut disampaikan oleh Tuan Hj Abdullah B. Salleh mewakili Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Menteri Besar Perak , YAB Dato`Seri Dr.Zambry B. Abdul Kadir.Cek yang bernilai RM 4,477,240.00 seterusnya diserahkan oleh Menteri Besar kepada Tuan Hj. Yusuf B. Husin,mewakili Jabatan Agama Islam Perak


Di dalam ucapan yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak, YAB Dato`Seri Dr. Zambry B. Abdul Kadir mengingatkan seluruh warga KAFA agar menyampaikan ilmu yang benar. Islam mengajarkan semua sudut ilmu termasuk berkaitan kemasyarakatan.Beliau juga menyeru agar bersatu padu dan menanamkan kasih sayang sesama Islam.
"Walaupun sesama kita berbeza dalam banyak segi tetapi kita semua adalah hamba Allah",ujar beliau lagi.
Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri tidak pernah melupakan sekolah agama rakyat.Tabung Khas yang dirancang akan diurus tadbir untuk membantu sekolah agama rakyat
Beliau berbangga dengan peningkatan keputusan UPKK 2010.Di mana tahun 2009 hanya 474 calon mendapat 8A.Manakala tahun 2010 seramai 888 mendapat 8A.
Seterusnya beliau sendiri mengumumkan 2 pelajar terbaik keputusan UPKK 2010.Iaitu Adik Nurun Nuha Bt. Isni.Dari SRAR Riyadus Salihin,Taman Maju,Seri Iskandar, Perak.(97.3%).Dan Dan adik Syed Mohd. Zakwan B. Syed Zul dari SRAR Cenderong Balai, Teluk Intan, Perak.(96.8%)

Adik Nurun Nuha BT Isni menerima anugerah daripada
Menteri Besar Perak, YAB Dato`Seri Dr.Zambry Abdul Kadir

Adik Syed Mohd Zakwan B. Syed Zul menerima anugerah
daripada Menteri Besar,YAB Dato`Seri Dr. Zambry Abdul Kadir

Kedua-dua pelajar tersebut juga menerima hadiah RM1000.00 seorang.

Dianggarkan sekitar 2,500 orang warga KAFA menghadiri majlis tersebut.Mereka adalah sebahagian daripada guru-guru KAFA seluruh negeri Perak.

Hadirin menjamu makanan ringan sebaik sampai di
kediaman Menteri Besar Perak

Sebahagian Guru KAFA wanita menjamu selera
Guru-guru KAFA wanita mendengar ucapan

Di antara guru-guru KAFA lelaki yang hadir

Guru-guru KAFA bersiap nak pulang

Ahad, 16 Januari 2011

Keputusan Pepeperiksaan UPKK 2010

JUMAAT, 14.1.2011(9 Safar 1432) -  Pihak Jabatan Agama Islam Parit Buntar telah menyerahkan slip keputusan peperiksaan UPKK 2010 kepada semua sekolah kawasan Parit Buntar.
Pihak sekolah bersyukur dengan keputusan kali ini.Terdapat beberapa peningkatan di dalam keputusan tersebut.
Jumlah pelajar yang mendapat 8A seramai 3 orang.Berbanding dengan tahun lalu hanya seorang sahaja. Pelajar-pelajar tersebut ialah Nurul Amirah Izzati Bt. Zul, Nurul Amirah Bt. Fauzi dan Nurul Fatini Bt. Mohd. Nasir.Tahniah diucapkan kepada mereka.
Guru Besar, Ustaz Hj. Ahmad Sofi B. Salleh berharap akan lebih ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang di tahun-tahun akan datang.Insya Allah pihak guru-guru akan berusaha membantu pelajar cemerlang di dalam peperiksaan dan sempurna di dalam pengamalan.